Khamis, 30 Disember 2010

M'sia juara Piala AFF-Suzuki 2010, Jumaat cuti umum

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki
2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan.
Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu.
Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71.
Satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87.
Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum.
Dalam kenyataannya kepada Bernama itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

Isnin, 27 Disember 2010

Piala Suzuki AFF: Indonesia tunduk 3-0

Malaysia menumpaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur malam
ini.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-59 dan 71, manakala Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-67.

Dengan kemenangan malam ini, skuad negara akan bertandang dengan kelebihan ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.

Malaysia semakin hampir mendakap Piala Suzuki AFF dengan berbekalkan tiga gol di Indonesia nanti.

Selasa, 7 Disember 2010

TAHUN BARU ISLAM ( AWAL MUHARRAM )

Panitia Pendidikan Islam mengucap selamat menyambut Maal Hijrah 1432 kepada semua pembaca beragama Islam. Maal Hijrah atau Hari Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

azlanPertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...