Ahad, 31 Julai 2011

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

- Bernama.

Khamis, 28 Julai 2011

Lafaz Niat Puasa Edisi Video

Salam semua,
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat. Bulan yang telah dipilih oleh Allah S.W.T suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu Bulan.
Niat Puasa Ramadhan Lafaz Niat Puasa Edisi Video
Lagi beberapa hari saja lagi umat islam akan menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau nak menunaikan Ibadah Puasa kenalah tahu Lafaz Niat Puasa dahulu. Waktu Niat Puasa. Disini ceq ada sediakan Lafaz Niat Puasa Sebulan dan Berbuka (video) untuk pembaca weblog Prof Hariz.

ERTI PUASA

-Erti Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

LAFAZ NIAT PUASA (VIDEO)

Lafaz Niat Puasa Lafaz Niat Puasa Edisi Video

LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN (VIDEO)

Lafaz Niat Puasa Sebulan 1024x834 Lafaz Niat Puasa Edisi Video

DOA BERBUKA PUASA (VIDEO)

Doa Berbuka Puasa Lafaz Niat Puasa Edisi Video

WAKTU NIAT PUASA

-Waktu Niat Puasa bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Sumber ; Lafaz Niat Puasa (Video)
ProfHariz : Semoga Niat Puasa Sebulan dan Berbuka (video) ini dapat membantu adik-adik, abang-abang, akak-akak menunaikan Ibadah Puasa untuk 2011

Ahad, 17 Julai 2011

CONTOH PROGRAM RAMADHAN

Laporan Program Sambutan Ihya' Ramadan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...