Sabtu, 23 April 2011

Kaedah Merawat Demam Menurut Islam


18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:



Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)

Membaca Ruqyah

Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:



Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”

Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:



Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”

“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”

Berpunca daripada Bahang Neraka?

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.”

Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t.

Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

Maksud Air

Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’”

Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.

Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya’ dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)

Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.

Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)

Jangan Mencela Demam

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”

Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.o

leh: Ustaz Wahid Abd Haniff ( wahid@telagabiru.net.my )

Khamis, 14 April 2011

Cara Hidup Sihat Rasulullah SAW

1. Bangun Subuh.

Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat Subuh berjamaah.
Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :
* Berlimpah pahala dari Allah.
* Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya untuk terapi penyakit TB.
* Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa.

Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal yang di terima tubuh, iaitu udara segar.
Waktu Subuh adalah sangat baik kerana kaya oksigen dan relatifnya masih bersih tak dikotori unsur lain seperti asap kenderaan dan perindustrian. Udara yang baik tentu saja berguna untuk metabolisme tubuh dalam beraktiviti untuk sepanjang hari.
2. Minum Air Putih dan Madu
Nabi biasanya bersarapan dengan air putih dan sesudu madu. Dua unsur ini sangat luar biasa manfaatnya. Madu terkena; sebagai penyembuh dan air putih kaya akan mineral yang memenuhi keperluan tubuh akan cairan dan sebagai pencuci hati. Madu juga terkenal sebagai unsur yang dapat membersihkan usus dan mencegah radang.
3. Mencampur Minyak Zaitun
Semasa tengahari ke petang, Nabi juga biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti. Kombinasi makanan ini ternyata dapat menguatkan tulang, mencegah penyakit angin ahmar serta menghancurkan kolesterol jahat dalam tubuh. pada musim dingin, makananan ini sangat baik menjaga kestabilan suhu tubuh.
4.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN.
Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
5.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN.
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
6. GEMAR BERJALAN KAKI.
Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
7. TIDAK PEMARAH.
Nasihat Rasulullah SAWullah: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
* Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
* Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
* Segeralah berwudhuk.
* solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.
8. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.
9. TAK PERNAH IRI HATI.
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:
* Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.
* Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa pun tanpa pilih kasih.
10. Makan Sayur di Malam Hari
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).
Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.
Sabda Rasullulah SAW :
Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)
Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang baginda berolahraga sambil bermain dengan anak anak dan cucu cucunya. Pernah juga Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a.
Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berjaga malam. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh. Terbukti apa yang dilakukan Nabi sangat baik kerana sesuai sesuai dengan ilmu biologi tubuh badan.Jadi kan tidak ada salahnya kita cuba mempraktikkan.
Semoga beberapa tips kesihatan ala Rasulullah SAWullah di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk hidup sihat.

Ahad, 10 April 2011

Tatkala Rasulullah Wafat




Mohon dibaca perlahan-lahan sampai habis.
DIRIWAYATKAN dalam salah satu hadis, bahwa surah Al Maa'idah ayat 3 diturunkan sesudah waktu asar, hari Jumaat di padang Arafah, pada musim haji penghabisan [Wada*]. Saat itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah, duduk di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada untanya. Untak lalududuk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan agamamu. Maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang oleh-Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu. Beritahu mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Begitu Malaikat Jibril a.s. pergi, Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah, terus ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabatnya, ia menceritakan apa yang telah dialaminya. Saat para sahabat mendengar hal yang demikian mereka pun gembira: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Abu Bakar r.a. berbeda reaksinya. Ia tidak dapat menahan kesedihannya. Ia lalu kembali ke rumah, lalu mengunci pintu, dan menangis sekuat-kuatnya, dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpulah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu. Tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya. Turunnya ayat tersebut hanya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim. Para isteri nabi menjadi janda."

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka didengar para sahabat yang lain. Maka mereka pun memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. Kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau."

Saat Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.. Begitu Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?" Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat.

Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat." Begitu Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya.

Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang di langit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat maupun yang di laut turut menangis. Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka.

Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari. Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at bersama semua yang hadir.


Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mau mengemukakan hal ini."

Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang,setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]." Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu.

Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau." Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash."

Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?." Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Falimah r.a., begitu Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua."

Saat Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w.oleh itu kamu pukulah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w."

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w."

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, begitu Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Begitu 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu.

Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga." Saat ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a.

Beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.''

Kata Rasul selanjutnya, ''Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalati aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bershalat ke atasku."

Begitu para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w..

Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Saat waktu subuh hampir hendak pupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Begitu Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan.

Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid.

Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah. Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahNYA. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."


Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" ["Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?"]

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu."

Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggilmu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."> Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur."

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Saat Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"

Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w.

Saat Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu.

Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik r.a. berkata: "Saat roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahwa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Diambil dari milis Ida-Krisna Show, sebuah program Radio Delta FM, Jakarta. Kisah ini dipostingkan di sini di hari terakhir Ramadhan 1426 H, sebagai sebuah renungan. Semoga Allah SWT melimpahi kita pahala. Dan puasa kita diterima Allah SWT.

Ahad, 3 April 2011

Patutlah Bangla Ramai di Malaysia


Gambar rakyat Bangla berkeretapi dan menaiki sampan untuk sembahyang. Sembahyang apa admin tak pasti tapi memang ramai gila.
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Posted @ www.isuhangat.net

Khamis, 31 Mac 2011

Solat Sunat Hajat: Perlukah Berjemaah?

Solat Sunat Hajat: Perlukah Berjemaah?
Badrul Hisham bin Sulaiman[1]
 
 
Seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bagi masyarakat Melayu di Kelantan, apabila mereka mempunyai sebarang hajat, maka akan dijemput tok imam, beberapa orang jiran tetangga untuk datang ke rumah bagi tujuan menunaikan solat sunat hajat berjemaah. Seterusnya menjamu selera dengan sedikit hidangan yang disediakan oleh tuan rumah (empunya hajat).
 
Sudah berapa lama adat dan kebiasaan sebegini berkembang dalam masyarakat, saya sendiri tidak pasti  kerana dari segi fakta sejarahnya tidak diketahui secara tepat bilakah ianya bermula. Maka di dalam risalah ini, saya akan cuba membuat analisa dan kajian secara ilmiyyah terhadap amalan ini; adakah semestinya ia diteruskan secara berjemaah atau memadai secara bersendirian. Atau dengan lain perkataan, cara yang mana satukah dikira lebih menepati sunnah?
 
Apa yang saya tulis, hanya sekadar analisa untuk membina percambahan minda. Terpulang kepada individu itu sendiri, sama ada mahu menerima atau sebaliknya. Bukanlah niat saya untuk mengubah kebiasaan yang sudah sebati dalam masyarakat, tapi sekurang-kurangnya biarlah kita benar-benar memahami sesuatu permasalahan agama dengan beramal mengikut disiplin ilmu yang memberi keyakinan.
 
 

Pensyariatan Solat Hajat

Dalil pertama:
Di dalam kebanyakan kitab-kitab Fekah Mazhab, ulamak-ulamak dalam mazhab berhujah dengan hadis Riwayat Adullah bin Abi Aufa Radhiallahu 'anh, hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah: Nas hadis seperti berikut:
 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى الْأَسْلَمِيِّ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ
 
 مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيَقُلْ
 
 لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 
 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلَّا تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ
 
وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلَا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلَّا قَضَيْتَهَا لِي
 
 ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ مَا شَاءَ فَإِنَّهُ يُقَدَّرُ
 
Dari Abdillah bin Aufa Al-aslamiy katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam keluar (menemui kami) dan berkata:
“Sesiapa yang ada sebarang hajat kepada Allah atau kepada seseorang di kalangan makhluk–Nya (manusia) maka hendaklah dia berwudhu'
dan solat dua rakaat kemudian dia berkata (berdoa):
Tiada Ilah melainkan Allah yang bersifat Al-Halim dan Al-Karim, maha suci Allah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung,
Segala puji bagi Allah Rabb seluruh alam, Ya Allah! Aku memohon kepada engkau wajiblah ku mendapat rahmat-Mu,
kemestian memperolehi keampunan-Mu, kaya dengan segala kebajikan, selamat sejahtera dari sebarang dosa,
aku memohon kepada-Mu agar tidak engkau biarkan bagiku sebarang dosa melainkan diampunkan,
tiada kedukaan melainkan dilepaskannya (dariku), tiada sebarang hajat demi redha-Mu melainkan engkau tunaikannya bagiku",
 
kemudian mintalah kepada Allah dari sebarang urusan dunia dan akhirat apa yang dia kehendaki, maka sesungguhnya Dia (Allah) yang menentukan. 
 
Status hadis dinilai oleh As-Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Misykatu Al-Masabih sebagai Hadis maudhuk (palsu) no.hadis 1327, Di dalam Dhaif Sunan Ibnu Majah beliau menilai sebagai Dhaif Jiddan (sangat lemah) no.hadis 1384. Hadis juga dikeluarkan oleh Imam Tirmizi(397H) dan beliau menilainya sebagai lemah, kerana pada sanadnya seorang yang bernama Faid bin Abdul Rahman (seorang yang dhaif, nama asalnya Abu Al-Warqa')[2]. Hadis yang sama dikeluarkan juga oleh Al-Hakim didalam Al-Mustadrak Ala As-Sahihain [3].
 
Seandainya hadis ini memiliki status sahih sekali pun ia tidak mempunyai sebarang qarinah (petunjuk) yang memberi isyarat bahawa solat sunat hajat ditunaikan secara berjemaah. Al-Imam An-Nawawi (676H) telah menyebut dalam Kitab Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab:
Satu fasal: Masalah-masalah berkaitan dengan bab solat sunat ….(Ada sepuluh perkara yang disebut…)  yang keenam: tentang solat hajat daripada Ibn Abi Aufa. [4]
 
Perkara seumpama ini dinyatakan di dalam kitab Asna Al-Matalib,[5] dan di dalam kitab Syarah Muntaha Al-Iradat[6].
 
 
Dalil kedua:
 
عن عثمان بن حنيف رضي الله عنه :  أن أعمى أتى إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال
 
 يا رسول الله ادع الله أن يكشف لي عن بصري قال أو أدعك قال يا رسول الله إنه قد شق علي ذهاب بصري
 
 قال فانطلق فتوضأ ثم صل ركعتين ثم قل
 
 اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيي محمد صلى الله عليه وسلم نبي الرحمة
 
 يا محمد إني أتوجه إلى ربي بك أن يكشف لي عن بصري
 
 اللهم شفعه في وشفعني في نفسي فرجع وقد كشف الله عن بصره.
 
رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح غريب
 
Dari Uthman bin Hunaif Radhiallahu 'anh: Bahawa seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka dia berkata:
Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan kembali pandangan mataku,
Dan (Rasulullah) berkata: Atau aku biarkan engkau (terus dalam keadaan buta).
Lelaki buta berkata: Sesungguhnya telah menyukarkan aku akan kehilangan pandangan mataku ini.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa):
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dan aku bertawajjuh (menghalakan) permintaanku kepada-Mu dengan nabiku nabi pembawa rahmat[7], Ya Muhammad sesungguhnya aku bertawajjub kepada Tuhanku dengan (keberkatan dirimu) agar Dia menyingkapkan mataku (mengembalikan penglihatanku)”.
Nabi berkata: “Ya Allah: Syafaat dia dengan sebab diriku, syafaatkan aku pada diriku. Dia (si buta) kembali (ke rumahnya) dalam keadaan matanya telah Allah jadikan pulih seperti biasa (dapat melihat semula).”[8]
 
Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Imam An-Nasai di dalam Sunan Al-Kubra hadis no: 10496. Dimasukkan juga oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak.[9] Hadis ini dinilai sahih oleh Syaikh Nasiruddin Al-Albani di dalam Sahih At-Targhib Wa Tarhib, hadis no: 678. Pengarang asal kitab berkenaan Al-Imam Al-Munziri (Al-Hafiz Zakiyyudin Al-Azim Al-Munziri Ad-Dimasyqi) meletakkan Hadis ini dibawah tajuk: “galakan pada menunaikan solat hajat dan doanya".
 
Matan hadis ini satu-satunya matan hadis sahih yang dapat dikesan dalam bab solat hajat. Cuma di dalam riwayat Imam Tirmizi pula tiada disebut “sembahyanglah dua rakaat”.
 
Kefahaman Dan Pengajaran (Istinbat) Dari Hadis Uthman Bin Hunaif Radhiallahu 'anh:
  • Diharuskan kita meminta pertolongan dari orang lain yang lebih baik darjat dan kedudukannya di sisi Allah Subhanahu Wataala untuk mendo'akan bagi pihak orang yang berhajat seperti mana dalam kisah si buta yang datang berjumpa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memohon agar didoakan untuknya supaya dapat melihat kembali.
  • Orang yang dipohon pertolongan kepadanya pula berhak memilih samada untuk menolak atau pun menunaikan hajat orang yang berhajat. Berkaitan dengan kelebihan orang buta yang sabar dengan keadaan dirinya yang buta dinyatakan dalam hadis lain dalam Sahih Bukhari: hadis no: 5653 [10].

إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدِي بِحَبِيبَتَيْهِ فَصَبَرَ عَوَّضْتُهُ مِنْهُمَا الْجَنَّةَ يُرِيدُ عَيْنَيْهِ

Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan dua kekasihnya(dua biji matanya) maka dia bersabar,
Aku gantikan untuknya (dari dua matanya yang buta) dengan syurga.
 
  • Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menyuruh orang buta yang “berhajat” itu sendiri yang melaksanakan permohonan hajatnya kepada Allah. Perhatikan maksud yang dipetik dari hadis berkenaan “Pergilah engkau berwudhuk, kemudian solatlah dua rakaat kemudian bacalah (berdoa). Ungkapan ”maka pergilah engkau” diterjemah dari sabda Nabi (فانطلق).
Ungkapan ini jelas membawa pengertian bahawa Nabi Sallallahu alaihi wasallam tidak mahu ”memanjakan” umatnya melakukan sesuatu dengan bergantung harap sepenuhnya kepada orang lain. Baginda lebih suka seseorang itu sendiri yang melakukannya, apatah lagi dalam urusan hajat yang berbentuk ”peribadi” seperti memohon orang lain tolong doakan untuk kita.
 
Ini bukanlah bermaksud, kita ditegah sama sekali memohon pertolongan dari orang lain untuk mendoakan bagi pihak kita. Cuma janganlah terlalu berlebih-lebihan dalam meminta dan hilang keyakinan untuk melakukan sendiri. Tiada menjadi kesalahan sekali-sekala kita meminta si fulan ini atau si fulan itu (yang dilihat sebagai sebagai orang yang alim yang warak lagi bertaqwa) mendoakan kebaikan bagi pihak kita. 
 
Berdoalah kepada Allah dan tanamkan keyakinan di hati bahawa hajat kita akan diperkenankannya. Sehubungan dengan tajuk doa ini, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ
 
Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin diperkenankan permintaanmu, dan ketahuilah Bahawa Allah tidak memperkenankan doa dari hati yang lalai dan leka.”[11]
 
  • Perhatikan dan renungkan keseluruhan maksud hadis ini. Lihatlah betapa besarnya hajat lelaki yang buta ini. Bayangkan juga betapa gembiranya hati beliau apabila matanya yang buta dapat celik semula. Namun, perasankah kita bahawa hadis ini tidak mengambarkan adanya sebarang qarinah (petunjuk atau isyarat) bahawa solat hajat yang ditunaikan oleh lelaki itu dilakukan secara berjamaah.
Tiada bukti bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam memanggil beberapa sahabat yang lain untuk ditunaikan solat hajat berjamaah di masjid atau pun di rumah. Seandainya hajat yang sebesar ini tidak dilakukan berjamaah, apakah alasan kita bahawa hajat sekecil ”dompet duit hilang”, atau ”si anak di rumah nak masuk periksa UPSR atau PMR atau lain-lain peperiksaan”, lalu kita merasakan seakan tidak sempurna permohonan hajat kita kepada Allah tanpa ada solat hajat berjemaah.
 
  • Hadis ini juga menunjukkan bahawa permohonan hajat boleh dilakukan dalam tiga bentuk:
  1. Berwudhuk dan berdoa (tanpa solat) sebagaimana dalam riwayat Imam A-Tirmizi.
  2. Berwudhuk, solat (sendirian) dan berdoa (sebaiknya berdoa pada waktu yang mustajab doa seperti doa selepas solat fardhu atau berdoa pada waktu akhir malam sebelum masuk waktu solat subuh dan sebagainya).
  3. Meminta bantuan dari pihak lain khususnya dari orang yang alim dan bertaqwa menunaikan solat dan berdoa bagi pihak kita. Tetapi bukanlah bermaksud dibuat berjemaah. Memadai si alim itu melakukannya sendirian di rumah. Cuma cara ini kurang digalakkan kerana Islam menggalakkan seseorang berusaha sendiri dan belajar ilmu tentang cara solat hajat dan bacaan doa.
 
Alasan yang biasa didengar ”kami minta tok imam tolong buat sembahyang hajat, sebab kami tak berapa pandai nak buat sendiri dan tak tahu doa dalam bahasa Arab”. Atau mungkin pelbagai lagi alasan lain yang dikemukakan. Soalnya sampai bila masyarakat hendak dibiarkan manja dengan bergantung harap kepada orang lain. Bukankah menuntut ilmu satu kefardhuan. Sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam dari riwayat Anas bin Malik:
 

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

 
Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim"[12]
 
Mungkin apa yang berlaku dalam kes ”solat hajat berjemaah” adalah implikasi dari budaya taqlid yang sudah begitu lama berakar umbi dalam masyarakat hingga budaya beramal mengikut disiplin ilmu yang tepat dan sahih hampir lenyap dan pupus. Semuanya berpegang kepada kaedah ”pakai main tiru” dan ”ikut apa yang orang ramai buat". Budaya ”ikut apa yang orang ramai buat, kita pun buat sama” sudah lama membarah dalam masyarakat, hinggakan di kalangan ilmuan Islam (para ustaz, orang-orang alim dan tuan-tuan guru) turut sama terbabit dalam amalan yang bukan sebahagian dari budaya di zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, zaman sahabat mahu pun zaman tabiin.
 
Seandainya, dilontarkan pertanyaan kepada golongan yang belajar bidang agama tentang masalah solat hajat berjemaah, bukan semua mampu memberikan jawapan yang meyakinkan. paling tidak pun ada yang berkata ”buat apa nak bising, masalah inikan masalah khilafiyyah, nak buat berjemaah pun boleh, tak nak buat berjemaah pun boleh”.
 
Lebih mendukacitakan yang belajar sekolah agama pun jawab macam orang kampung yang tidak mengaji sekolah agama ”lihat tu, ramai orang alim turut sama buat, jadi tak betul ke kalu kita buat berjamaah". Ada juga yang kata ”Tidakkah kita digalakkan solat berjemaah kerana ianya lebih afdhal dari solat sendirian".
 
Jawapan-jawapan sebegini menggambarkan tahap mentaliti masyarakat Melayu yang berbeda-beda. Kalau beginilah cara berfikir golongan agamawan kita, maka tak peliklah masyarakat terus menerus dibelenggu budaya taqlid dan tiada langsung kesedaran hidup beragama berpandukan sumber ilmu yang tepat. Jauh sekali membentuk jiwa yang bermotivasi dalam bab menuntut ilmu.
 
Beginilah sikap orang kita dalam soal kehidupan beragama yang sepatutnya dikaji semula. Kita suka ambil sikap mudah dan buat ala kadar. Pada hal dalam urusan keduniaan kita begitu prihatin. Contoh: sekiranya kita menerima bil telefon yang tinggi dari kebiasaannya, sudah tentu kita segera bergegas ke Kedai Telekom mahu mengenal pasti apa sebabnya. Atau kita merasakan mungkin ada pihak lain yang curi line telefon rumah kita.
Namun dalam urusan ibadat dan agama, kita mengambil sikap ”pandang sebelah mata dan buat tak kisah". Apa yang saya ingin maksudkan di sini kita perlu bergerak membina kesedaran untuk kembali beramal mengikut zaman Rasulullah dan para sahabat baginda; atau dengan lain perkataan usaha membawa ”pembaharuan” (tajdid) dalam masyarakat kita perlu digiatkan.
 
Majlis-majlis pengajian ilmu perlu diubah pendekatannya. Minda masyarakat perlu ”dibedah” untuk dibuang penyakit fanatik dengan amalan tradisi hingga sukar menerima kebenaran. Kenapa saya mengatakan kita perlu kembali kepada beramal mengikut pendekatan para sahabat? Ini kerana generasi sahabat adalah adalah generasi yang paling baik. Diakui oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam: Lihat hadis berikut:
 
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
 
Sebaik-baik (golongan) manusia ialah yang hidup di zamanku, kemudian orang–orang yang selepasnya, kemudian orang-orang yang selepasnya.[13]
Kelebihan dan keistimewaan para sahabat lebih menyerlah dari matan hadis berikut:
 
لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
 
Jangan kamu cerca (caci dan maki) sahabat-sahabatku! Maka kalaulah seseorang di antara kamu membelanjakan emas seumpama bukit Uhud (banyaknya)tidaklah sampai (nilainya)menyamai seperti secupak atau setengah cupak yang mereka (sahabat-sahabatku) belanjakan.[14]
         
Seandainya solat hajat secara berjemaah merupakan cara yang terbaik mengikut dakwaan sesetengah pihak, sudah tentu para sahabat yang terlebih dahulu melakukannya. Tetapi tidak ada satu pun riwayat di dalam mana-mana kitab Hadis atau Kitab Sirah, samada riwayat itu sahih, hasan atau dhaif menyebut ada sesiapa di kalangan sahabat pernah melakukannya. Tidak ada dan memang tidak ada. Sedangkan mereka juga manusia yang mempunyai hajat seperti kita. Ya! mereka hanya tunaikan solat hajat bersendirian di rumah atau mungkin di masjid tanpa berjemaah!  
 
Ada setengah pihak menganggap hadis Uthman bin Hunaif bukan dalam bab solat hajat, tetapi dalam bab doa. Saya kehairanan mendengar jawapan sebegini kerana hadis tersebut secara jelas dimasukkan di bawah tajuk ”Galakan pada solat hajat dan doanya” seperti yang telah dinyatakan. Bahkan dalam matan hadis pun ada disebut ”Maka tunaikanlah solat (hajat) dua rakaat”.
 
Jadi adakah dikira wajar, matan hadis ini bukan dalam bab solat hajat, tapi hanya dalam doa sahaja?  Saya memberikan soalan ini kepada pembaca maka terpulanglah kepada pembaca mencari sendiri jawapannya. Diharap pembaca dapat bersabar untuk terus membaca risalah ini hingga ke akhirnya. Sekarang kita lihat pula dalil seterusnya.
 
 
Dalil ketiga
Sebenarnya dalil ketiga ini, pada hakikatnya tiada kaitan dengan bab solat hajat berjemaah, tetapi terpaksa saya masukkan juga untuk perbahasan selanjutnya memandangkan ada pihak mendakwa ianya ada hubung kait dengan persoalan solat hajat berjemaah. Benar atau tidak dakwaan itu, sama-sama kita lihat nanti.
 
Pihak yang berkenaan mendakwa di dalam sesetengah kitab Fekah Mazhab Al-Imam As-Syafie Rahimahullah, ada di kalangan ulamak yang berpendapat hukum keharusan menunaikan solat hajat berjemaah dirujuk kepada umum satu riwayat hadis dalam Sahih Bukhari.
Hadis yang dimaksudkan ialah Hadis Itban bin Malik. Sebelum saya kemukakan hadis berkenaan, sukalah dimaklumkan bahawa setelah dibuat analisa dan kajian, rupa-rupanya di dalam Sahih Bukhari, hadis riwayat Itban Bin Malik diulang pada tujuh tempat yang berlainan, dengan tajuk yang berlainan tetapi matan hadis yang hampir sama. Oleh kerana hadisnya agak panjang, maka saya terus kepada terjemahannya dan manakala matan asal yang dibawakan di sini diambil bahagian akhir hadis:
 
Matan ini diambil dibawah tajuk ”Solat Sunat Berjemaah” dari hadis riwayat Anas dan Aisyah. Ceritanya begini:
 
Seorang rawi hadis yang bernama Mahmud mengatakan bahawa dia ada mendengar Itban bin Malik yang merupakan salah seorang sahabat yang telah ikut serta ke medan peperangan Badar, ada berkata:
Adalah aku menjadi imam bagi masyarakat kampungku (Bani Salim). Tapi oleh kerana antara rumahku dan tempat solat mereka (Bani Salim) ada wadi (lembah) yang mana apabila turun hujan aku tidak dapat pergi solat fardhu berjemaah bersama mereka. Maka sangat sukar bagiku untuk melepasi lembah berkenaan untuk menuju ke masjid.
Jadi aku pun pergi bertemu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan memberitahunya: Pandangan mataku kurang baik (masalah penglihatan yang lemah), manakala kawasan berlembah antara rumahku dan orang-orang kampungku telah menghalangku untuk ke tempat solat kerana lembah berkenaan dipenuhi air selepas hujan turun. Sukar untukku melintasinya.
Jadi aku merasa suka kalau engkau Ya Rasulullah boleh datang ke rumahku untuk solat fardhu berjemaah di mana akan ku jadikan satu kawasan tertentu di dalam rumah sebagai tempat solat (musolla).
Maka berkatalah Rasulullah:
 
 
سَأَفْعَلُ فَغَدَا عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بَعْدَ مَا اشْتَدَّ النَّهَارُ فَاسْتَأْذَنَ
 
 رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَذِنْتُ لَهُ فَلَمْ يَجْلِسْ حَتَّى قَالَ
 
 أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ
 
 فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ فِيهِ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَبَّرَ وَصَفَفْنَا وَرَاءَهُ
 
 فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ وَسَلَّمْنَا حِينَ سَلَّمَ
 
Saya akan lakukan (tunaikan permintaanmu), maka datanglah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam kepada ku di waktu siang hari bersama Abu Bakar Radhiallahu 'anh ketika waktu hari sudah meninggi (sudah masuk solat zohor).
Rasulullah meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah) maka aku pun izinkan, baginda tidak terus duduk sehingga dia berkata: Di manakah engkau suka aku bersolat di rumah mu ini?
Maka aku isyaratkan ke satu tempat yang aku suka bersolat di situ. Maka Rasulullah berdiri dan bertakbir, kami berdiri dalam saf di belakangnya. Dia bersolat dua rakaat kemudian memberi salam dan kami turut memberi salam ketika baginda memberi salam.”[15]
 
 
Kata Ibn Hajar (852 H) di dalam Fath Al-Bari:
Ibnu Wahab meriwayatkan dari Malik bahawasanya tidak mengapa mengimamkan seseorang itu untuk satu kumpulan dalam solat sunat. Adapun solat (sunat) yang ianya sudah masyhur (diketahui) dan dihimpunkan manusia untuk menunaikannya (contohnya solat sunat terawih) maka tidaklah mengapa. Ini berdasarkan kaedah (usul) sad az zarai' [16] kerana dikhuatiri orang yang tidak mengetahui akan menyangka bahawa solat sunat (yang ditunaikan berjemaah) itu adalah fardhu.”[17]
 
Apa yang dapat difaham dari hadis Itban bin Malik bahawa solat sunat yang ditunaikan secara berjemaah oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam adalah solat sunat rawatib, bukan solat sunat hajat. Jadi berhujah dengan hadis ini dalam bab solat sunat hajat berjemaah berada dalam kedudukan ”pendalilan yang bersifat sangkaan” atau dalam bahasa arab (ظنية الدلالة). Ianya tidak bersifat qati'e dan meyakinkan kerana dalil hadis ini tidak disokong dengan hadis-hadis lain untuk mengisbatkan hukum solat sunat hajat berjemaah.
 
Bahkan sudah diketahui dari mafhum hadis tadi bahawa kedatangan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ke rumah Itban Bin Malik bukan kerana apa-apa hajat lain selain dari memenuhi permintaan untuk menunaikan solat fardhu berjemaah di rumah Itban itu. Untuk memperkuatkan alasan ini, mari kita lihat penjelasan Al-Imam An Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk Syarah Muhazzab:
Fasal pada menyatakan masalah-masalah yang berkaitan bab solat sunat, (Perkara kelapan) Sesungguhnya telah (disebut) bahawa nawafil (solat-solat sunat) tidak disyariatkan berjemaah padanya kecuali solat dua hari raya (idul fitri dan idul adha), dua solat gerhana (bulan dan matahari), solat istisqa' (minta hujan) demikian juga solat tarawih dan witir sesudahnya, apabila kita mengatakan adalah lebih tepat bahawa ditunaikan berjemaah padanya (tarawih dan witir) ianya afdhal,
 
Dan adapun solat-solat sunat yang lain-lain seperti sunat-sunat rawatib yang (mengiringi) solat fardhu, sunat dhuha[18] dan solat-solat sunat mutlak maka tidak disyariatkan berjemaah iaitu tidak diharuskan, tetapi kalau seseorang itu tunaikan berjemaah adalah harus dan tidak dikatakan makruh.
 
Dan Al-Imam As-Syafie (202H) telah menaskan (mewartakan) di dalam dua buah kitab Mukhtasar Al-Buwaiti dan Ar-Rabi' bahawasanya tak mengapa berjemaah dalam solat sunat dan dalil keharusannya berjemaah ialah hadis –hadis yang banyak di dalam kitab sahih, di antaranya Hadis Itban Bin Malik Radhiallahu 'anh. [19]
 
Seandainya diperhatikan betul-betul teks (nas) yang diberikan oleh Al-Imam As-Syafie Rahimahullah sebagaimana yang dinukilkan semula Al-Imam An-Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk: tidak disebut di dalamnya solat sunat hajat. Yang disebut hanya solat sunat rawatib, solat sunat dhuha dan solat sunat mutlak". Perhatikan kata-kata Al-Imam As-Syafie ”tetapi... kalau ditunaikan solat sunat berjemaah adalah harus.."
 
Ungkapan ”tetapi.... kalau” membawa maksud keharusan dan kebenaran adalah berada pada tahap bawah (bukan menjadi keutamaan dalam pilihan) kerana asalnya ia ditunaikan bersendirian. Sekali gus ia membawa maksud ”tidak perlu ditunaikan berpanjangan (sokmo-sokmo) dengan cara berjemaah” kerana dikhuatiri akan dianggap ianya wajib pada pandangan orang awam. Saya akan jelaskan kemudian berkenaan contoh-contoh lain kenapa amalan–amalan sunat yang bukan dalam bentuk lazim, tidak boleh sentiasa ditunaikan berjemaah.
 
Jadi berhujah dengan hadis Itban bin Malik dalam bab solat hajat bejemaah sudah tersasar dari apa yang dimaksudkan oleh Al-Imam As-Syafie. Untuk memperkuatkan hujah saya ini, kata lihat penjelsan lebih lanjut dari Al-Imam An-Nawawi sendiri di dalam kitab beliau yang lain iaitu kitab Raudhah At-Tolibin:
Di antara solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah ialah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat….. di antaranya juga sunat tahiyyatul masjid dua rakaat….di antaranya juga dua rakaat ihram dan dua rakaat tawaf apabila kita tidak mewajibkannya….. di antaranya juga dua rakaat sesudah berwudhuk diniatkan solat sunat wudhuk…. Di antaranya juga sunat sebelum Jumaat empat rakaat[20] dan sesudahnya empat rakaat ….. di antaranya juga dua rakaat sunat istikharah…. Di antaranya juga dua rakaat sunat hajat. Wallahu 'alam. [21]
 
Sila perhatikan betul-betul, kata-kata Imam Nawawi. Apa yang disebut di bahagian akhir, jelas menunjukkan bahawa solat sunat Hajat bukan dari kategori solat yang ditunaikan berjemaah. Sekiranya Hadis Itban bin Malik boleh difahami sebagai adanya hukum harus solat hajat berjemaah sudah tentu Al-Imam An-Nawawi tidak memasukkan ke dalam bahagian ”solat-solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah". Sekiranya anda tidak yakin dan merasa ragu-ragu dengan apa yang saya bentangkan di sini, maka anda disarankan membuka Kitab Raudhah At-Tolibin.
 
Benarkah Solat Sunat Hajat Sebahagian Dari Masalah Khilafiyyah?
Pertanyaan ini sukar untuk dijawab oleh sesetengah pihak yang mendakwa begitu. Hakikatnya dakwaan ini tidak bersandarkan kepada bukti yang jelas. Semuanya berhujah dengan hujah yang datang melalui pendekatan ”dengar cakap” atau dalam bahasa Kelantan ”dengar oghe lain kecek”.
 
Secara ilmiyyah yang menepati disiplin ilmu, memang tidak ada dalam mana-mana kitab Fekah atau kitab-kitab Hadis yang menyebut secara jelas ada pendapat lain yang mengharuskan berjemaah dalam solat hajat. Apa berlaku di tempat kita hanyalah pandangan peribadi orang-orang tertentu iaitu berdasarkan pandangan yang dibina atas kefahaman yang kurang tepat. Sebagaimana telah disebut tentang tujuan asal Itban Bin Malik menjemput Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ke rumah beliau ialah untuk menunaikan solat fardhu.
 
Realiti Masa Kini Di Negara-Negara Islam Timur Tengah.
Selama beberapa tahun saya berada di kota Madinah, amalan solat hajat tidak pernah berlaku di masjid di Madinah, begitu juga di Masjidil Haram Mekah. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan yang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir dan berada di sana lebih 6 tahun:
Adakah anta pernah tengok orang-orang Arab Mesir buat solat hajat berjemaah di masjid atau pun di rumah mereka kerana tujuan tertentu, selama 6 tahun anta berada di sana?
Maka jawab rakan saya itu: ”Eh Eh ya tak ya jugak, tak adelah”.
Saya tanya lagi: ”Seandainya kita mendakwa, kita buat solat hajat berjemaah kerana kita bermazhab Syafie, Bukankah di Mesir, umat Islam di sana ramai bermazhab Syafie, kitab Mazhab Imam Syafie yang mana satu mereka pakai pulak hingga tak pernah ada sekali pun mereka buat solat hajat berjemaah? Dan kitab apa pula kita pakai hingga solat hajat berjemaah hampir setiap bulan berlaku dalam masyarakat kita terutama akhir tahun apabila budak-budak sekolah dah dekat musim peperiksaan?
Rakan saya seakan tergamam dan hanya menjawab: Ana pun tak tahu jugak”.
 
Saya ingin mengemukakan persoalan kepada para pembaca, selama berpuluh-puluh tahun rakyat Palestin berperang dengan Israel (hidup dalam kancah peperangan), pernahkah kita mendengar satu sahaja laporan berita sama ada melalui akhbar atau televisyen, berbunyi bahawa ”satu majlis solat hajat beramai-ramai akan diadakan di Masjidil Aqsa, anjuran kerajaan Palestin”, memohon agar rakyat Palestin dipelihara Allah dari kejahatan bangsa jahat Israel? Pernahkah kita mendengar berita sebegini?.
 
Atau pernahkah kita mendengar berita bahawa rakyat Iraq berkumpul beramai-ramai dengan jumlah mungkin mencecah 10 ribu orang, mereka berhimpun di kawasan tanah lapang untuk menunaikan solat hajat berjemaah, memohon kepada Allah agar suasana huru hara di negara mereka akan pulih secepat mungkin? Memohon agar tentera-tentera Amerika segera berundur?
 
Jawapannya: Tiada sebarang laporan berita tentang adanya upacara solat hajat berjemaah dari dua buah negara yang dilanda peperangan itu. Adakah mereka tak pernah buat solat hajat? Jawapannya: Mungkin ada tetapi bukan secara berjemaah. Atau mereka mungkin memadai dengan berdoa selepas solat samada doa bersendirian atau doa beramai-ramai.
 
Mengikut sunnah Nabi, apabila berhadapan dengan kesusahan yang besar atau disebut malapetaka, cara yang betul bukan solat hajat berjemaah. Cara yang sebenarnya ialah membaca qunut nazilah dalam solat lima waktu. Al-Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah (751H) menyebut dalam kitab Zaad Al-Maad:
Imam Ahmad bin Hanbal (241H) menyebut dari Ibn Abbas (68H) katanya: ”Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam berqunut selama sebulan berturut-turut (setiap hari) dalam solat zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh di akhir setiap solat apabila membaca  سمع الله لمن حمده dari rakaat terakhir, mendoakan kebinasaan ke atas satu puak dari Bani Salim iaitu ke atas Ra'l, Zakwan. Dan Usyah Diaminkan oleh makmum di belakangnya… Riawayat Abu Daud [22].
 
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu 'anh juga membaca qunut (nazilah) di zaman pemerintahan beliau ketika berhadapan dengan masalah besar penentangan dari Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi[23]. Tiada riwayat yang menyebut bahawa Abu Bakar As- Siddiq berhadapan dengan masalah besar ini dengan cara menunaikan solat hajat berjemaah.
 
Begitu juga Sayyidina Ali bin Abi Talib membaca qunut (nazilah) ketika berhadapan dengan penentangan dari puak Muawiyah dan pemberontakan penduduk Syam[24].
 
Saya merasa lucu apabila ada pihak tertentu menganjurkan solat hajat berjemaah di masjid selepas solat fardhu Jumaat atas tujuan memohon dijauhkan dari bencana penyakit selesema burung (SARS) satu ketika dahulu. Yang sebetulnya membaca qunut nazilah atau berdoa sahaja. Inilah akibatnya apabila sunnah dipinggirkan dari kefahaman fiqh masyarakat, hingga antara ibadat dan adat sudah bercampur aduk dan bertukar takir.
 
Pandangan Mazhab Lain Tentang Solat Sunat Hajat.
Rasanya tidak lengkap kalau saya tidak sertakan di sini pandangan para ulamak dari mazhab lain. Ini kerana, mengambil kira pendapat-pendapat ulamak lain selain dari ulamak dalam mazhab Al-Imam As-Syafie, dianggap lebih bersikap adil terhadap ilmu dan alim ulamak itu sendiri.
 
Dalam Mazhab Hanafi, solat sunat hajat diletakkan di bawah kumpulan solat sunat yang tidak muakkad dan langsung tidak dinyatakan bahawa ianya dilakukan secara berjemaah.[25]
 
Manakala dalam Mazhab Maliki pula, solat sunat hajat dikategorikan di bawah sembahyang sunat ringan yang mempunyai sebab. Tidak dinyatakan hukum berjemaah dalam solat hajat, cuma ada disebut bahagian perkara makruh dalam melaksanakan sembahyang sunat (nawafil) menurut Mazhab Malik: iaitu sebanyak 4 perkara yang makruh di mana perkara makruh yang ke empat ialah:
 Makruh berhimpun beramai-ramai untuk melakukan sembahyang sunat kecuali sunat Tarawih, kerana sembahyang sunat dilakukan secara bersendirian. Begitu juga makruh melakukan sembahyang sunat dalam jamaah yang kecil di suatu tempat yang masyhur di kalangan orang ramai.[26]
 
Di dalam Mazhab Syafie pula:
Sembahyang sunat yang sunat dilakukan secara berjemaah ada tujuh iaitu sembahyang dua hari raya (raya puasa dan raya haji), sembahyang gerhana matahari dan bulan, sembahyang minta hujan, dan sembahyang tarawih”… sembahyang sunat witir selepas tarawih adalah disunatkan berjemaah. [27]
 
Manakala untuk sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah terbahagi kepada dua:
  1. Sembahyang rawatib bersama fardhu.
  2. Sembahyang rawatib berasingan daripada fardhu.
 
Walaupun Dr. Wahbah Zuhaili didalam kitab Al Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu tidak memasukkan sembahyang sunat hajat dalam mana-mana dua bahagian, tetapi sudah diketahui bahawa solat sunat hajat bukan dari kategori solat sunat berjemaah sebagaimana keterangan beliau dalam ms. 60 bahawa sembahyang sunat berjemaah hanya tujuh solat sahaja.
 
Seterusnya dalam menerangkan Mazhab Hanbali dalam solat hajat ini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili hanya menyebut:
 Sembahyang hajat:  Sembahyang ini adalah sunat mengikut hadis Abdullah bin Abi Aufa yang telah lalu yang terdapat dalam sunan Tirmizi yang mengatakan sebagai hadis gharib.[28]
 
Tiada diberi keterangan samada solat sunat hajat dalam bahagian solat sunat secara berjemaah atau bukan secara berjemaah.
 
 
Bagaimanakah Jalan Penyelesaian Bagi Permasalahan Ini?
Berikut saya perturunkan beberapa cadangan untuk kita semak kembali amalan solat sunat hajat berjemaah.

Pertama:
Kembali kepada sunnah sepenuhnya – tunaikan solat hajat bersendirian – sekali pun kita merasakan solat hajat berjemaah itu lebih baik, itu hanyalah sangkaan kita. Hakikatnya, mengikuti sunnah Nabi dalam beribadah itu lebih baik sebagaimana kata Ibn Mas'ud dalam athar yang sahih: Berpada-pada dengan sunnah lebih baik dari ijtihad dalam perkara bid'ah”.[29]
 
Firman Allah dalam Surah An-Nuur:
Maksudnya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih. [ An-Nuur 24: 63 ].
 
Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsiran terhadap ayat ini berkata:
Iaitu maka hendaklah merasa takut sesiapa yang menyalahi syariat Ar-Rasul Sallallahu alaihi wasallam secara batin dan zahir, yang menghalang, keluar dari perintahnya dan ketaatan kepadanya, dan itulah jalannya, manhajnya, sunnahnya dan syariatnya.
 
Mereka ialah golongan munafiqun, bahawa terdedahlah mereka kepada mehnah (kesusahan), atau bala' atau ujian di dunia dan sifat kufur dan nifaq atau ditimpa azab yang pedih di akhirat.
 
Kata nama (dhamir) pada (أمره) kembali kepada perintah Allah dan perintah Rasul-Nya. Ayat secara zahirnya menunjukkan perintah ini bersifat wajib. Ayat juga bersifat umum bagi semua orang yang menyanggahi perintah Allah Taala dan perintah Rasul-Nya Sallallahu alaihi wasallam dan bukannya untuk golongan munafiq sahaja.[30]
 
Kedua:
Pilihan kedua dalam sunnah ialah berdoa selepas berwudhuk. Dibolehkan bertawassul dalam doa dengan nama-nama Allah dan Sifat-sifat-Nya, bertawassul dengan amalan soleh, bertawassul dengan keberkatan orang soleh yang masih hidup. Selain dari tiga cara ini, cara yang lain ada kekhilafan di kalangan ulamak. Pilihan pertama dan kedua dianggap mudah dan menepati ruh syariat yang bersifat taisir (memudahkan).
 
Sememangnya syariat Islam didatangkan dalam acuan yang bersifat memudahkan. Baginda Sallallahu alaihi wasallam telah membuat penegasan dalam sabdanya setiap kali diutuskan para sahabat ke mana-mana tempat atas urusan dakwah:
 
بَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا
 
Gembirakanlah dan jangan biarkan mereka bertempiarn, permudahkan dan jangan persusahkan.[31]
 
Ketiga:
Boleh juga sekali-sekala ditunaikan berjemaah, tetapi dengan beberapa syarat yang perlu diberi perhatian:
  • Jangan beri'tikad semasa melakukannya bahawa perbuatan solat hajat secara berjemaah ini sabit dari amalan Rasulullah.
  • Jangan dilakukan ia secara tetap dan terlalu kerap. Tujuannya supaya orang awam tidak mengira bahawa solat hajat termasuk dalam kumpulan solat sunat yang disyariatkan berjemaah. Walaupun kita tidak pernah menyebut secara lisan solat sunat hajat itu wajib berjemaah, tetapi tindakan kita yang kerap menunaikannya secara berjemaah menggambarkan ”mind set” kita menetapkan ianya sebagai wajib.
  • Jangan disertakan ia dengan amalan-amalan bid'ah seumpama meletakkan bekas air di depan imam. Perbuatan sedemikian tidak dirujuk kepada sebarang dalil dan hanya merupakan andaian semata-mata. Jika mahu dilakukan juga, maka sekali sekala ”bekas air tawar”juga perlu diletakkan depan imam semasa solat fardhu atau ketika seseorang sedang baca Al-Quran. Ini kerana semua amal ibadat dikira ada berkatnya! Jangan khususkan keberkatan pada solat hajat sahaja.
  • Jangan tetapkan peraturan sendiri dalam soal menunaikan solat hajat berjemaah seperti menetapkan bahawa satu solat untuk satu hajat. Jika ada 5 hajat maka kena solat hajat lima kali. Fenomena begini sering berlaku di sekolah-sekolah agama yang mempunyai peperiksaan seperti PMRU, PMR, SMU, SPM dan STAM.
 
Oleh kerana ada lima peperiksaan, maka pihak sekolah menganjurkan lima kali solat hajat. Ketetapan sebegini adalah satu kesalahan kerana membuat ketetapan sendiri tanpa ada sandaran dalil dari nas syarak. Atau menetapkan bahawa pelajar-pelajar sekolah agama wajib solat hajat berjemaah di masjid sekolah (sebagai contoh sahaja) dengan kadar seminggu sekali atau sebulan sekali. Atau menetapkan selepas solat hajat perlu berzikir dengan membaca lafaz tahlil (sebagai contoh) sebanyak 100 kali. Kita boleh berzikir, tetapi dengan syarat tidak menetapkan berapa jumlahnya.
 
Saya sendiri secara peribadi walaupun tidak setuju dengan amalan solat hajat secara berjemaah, ada kalanya saya turut serta, kerana mengambil kira faktor lain. Itu pun saya hanya jadi makmum. Kalau diminta jadi imam, maaf saya terpaksa mengundurkan diri dan harap kita saling bertolak ansur dan faham memahami.
 
Akhir kata, harapan dari saya agar kita semua dikurniakan oleh Allah ilmu dan kefahaman  dalam urusan agama-Nya (العلم والفهم في أمور الدين.) Insya Allah. 
 

 
[1]           Penulis sekarang bertugas sebagai guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) di Maahad Tahfiz Al-Qur'an Wal Qiraat, Pulai Chondong, Machang, Kelantan.
[2]           Sunan Tirmizi, Syarah Dan Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Dar Al Fikr jilid 2 ms 344. hadis no: 479.
[3]           Al-Mustadrak Lil Hakim Ala As-Sahihain, Al-Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Abdullah Al-Hakim Al-Naisaburi, Tahqiq Mustafa Abdul Qadir 'Ata Juz 1, ms 466, dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, hadis no: 1199.
[4]           Lihat Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab, Al-Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Syarah An-Nawawi, Juz 4, Dar Al-Fikr, ms 55.
[5]           Lihat Asna Al-Matolib,Furu' waktu witir dan tarawih. juz 3, ms 213.
[6]           Lihat Syarah Muntaha Al-Iradat, Fasal: Pada menyatakan solat malam, (Fiqh Hanbali), 2/76
[7]           Doa seperti ini termasuklan bab tawassul. Hanya 3 sahaja cara tawassul yang disepakati (ittifaq) di kalangan ulamak. Kata Syaikh Al-Albani ”Dalam cerita si buta ini, dia hanya bertawassul dengan doa Nabi, bukannya dengan tubuh badan Nabi dan kedudukannya sebagai Rasul. Untuk penjelasan lanjut rujuk buku saya (At Tawassul An wa'uhu Wa Ahkamuhu)". Lihat Sahih At-targhib Wa At Tarhib. bahagian nota kaki ms 357. Walau bagaimana ianya adalah masalah khilafiyyah yang masyhur di kalangan ulamak.
[8]           Sahih Sunan Ibn Majah, Nasiruddin Al-Albani  hadis no: 1385. Jilid 1 ms 231. Maktab At-Tarbiyyah Al-Arabi.
[9]           Al-Mustadrak 'Ala As-Sahihain Lil- Imam Al-Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Abdullah Al-Hakim An-Naisaburi, Juz 1/ ms 458, hadis no: 1180. Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah. Beirut, Lubnan.
[10]          Fath Al-Bari Syarh Sahih Bukhari, Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani, Juz 10/ ms 116. Dar Al-Makrifah. Beirut Lubnan.
[11]          Sahih: Dikeluarkan oleh At-Tirmizi dalam Sunannya, hadis no: 3479. Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Dar Al-Fikr jilid 5/ms 483. Dinilai Sahih oleh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, hadis no: 594.
[12]          Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai Sahih oleh Mahmud Muhammad Mahmud dalam semakannya ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no: 224 (Dar Kutub Al-Ilmiyah).
[13]          Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 2652 Bab”Tidak boleh diambil Penyaksian dari saksi yang zalim apabila dia bersaksi”. Rujuk Fath Al-Baari Syarah Sahih Bukhari, Ibn Hajar Al-Asqalani jilid 5/ ms 258, Dar Al Makrifah, Beirut, Lubnan.
[14]          Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 3673. Bab”Kata-kata Nabi (Kalau aku mengambil kekasih..)”. Lihat Fath Al-Baari Syarah Sahih Bukhari, Ibn Hajar Al-Asqalano jilid 7/ ms 21. Dar Al-Makrifah, Beirut, Lubnan.
[15]          Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1186. Lihat Fath Al-Bari Syarah Sahih Bukhari Ibn Hajar Al-Asqalani jilid 3/ ms 62. Dar Al-Makrifah. Beirut Lubnan. 
[16]          Sad Az-Zarai' (سد الذرائع) bermaksud satu perkara yang dihalang kita membuatnya kerana ditakuti berlaku perkara lain yang lebih besar mafasidnya (kesan buruknya). Lihat Al-Wajiz Fi Usul Fiqh Abdul Karim Zaidan, ms 245, Muassasah Ar-Risalah, Beirut. 
[17]     Fath Al Bari jilid 5/ms 62.
[18]          Berkenaan solat dhuha berjemaah ianya pernah berlaku di zaman sahabat, bukan zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Sebuah Athar dari Mujahid, katanya:
 
عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَعُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ الْمَسْجِدَ فَإِذَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
جَالِسٌ إِلَى حُجْرَةِ عَائِشَةَ وَإِذَا نَاسٌ يُصَلُّونَ فِي الْمَسْجِدِ صَلَاةَ الضُّحَى قَالَ فَسَأَلْنَاهُ عَنْ صَلَاتِهِمْ فَقَالَ بِدْعَةٌ
Aku, Urwah bin Az-Zubair masuk ke masjid, kami tiba-tiba didapati Abdullah bin Umar sedang duduk bersandar ke bilik (rumah) Aisyah Radhiallahu 'anha, dan tiba-tiba (aku terlihat) beberapa orang sembahyang di dalam masjid solat dhuha (berjemaah), maka kami bertanya (kepada Ibn Umar) tentang solat mereka itu, jawab Ibn Umar:”Bid'ah !. Lihat Fath Al-Baari Syarh Sahih Bukhari, hadis no: 1775. Bab”Berapa kali Nabi berumrah ?", jilid 3/ ms 599.
Komentar dari penulis, Ibn Umar mengatakan bid'ah kerana solat sunat dhuha tiada asalnya dilakukan berjemaah. Tetapi keharusan melakukannya sebagaimana pendapat setengah ulamak fiqh (para fuqaha') sekiranya hanya dibuat sekali-sekala atau jarang-jarang sekali bukannya dijadikan kemestian berjemaah sehingga ianya seperti sudah dikira”sunnah ratibah".). 
[19]          Kitab Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, Al-Imam Abi Zakaria Mahyuddin bin Syaraf An-Nawawi, Juz 4 / ms 53 -55. Dar Al-Fikr, Damsyiq (edisi Cdrom Maktabah Syamilah versi 2).
[20]          Masalah solat sunat qabliyyah fardhu Jumaat ; dalam Mazhab Imam Syafie ada dua pendapat. Pertama dibolehkan solat sunat qabliyyah dan yang kedua tiada solat sunat qabliyyah pada asalnya.
Masalah ini berlaku kerana pada zaman Rasulullah, azan Jumaat hanya sekali sahaja. Selepas naik ke mimbar, Rasulullah terus memberi salam,dan bilal melaungkan azan, kemudian terus baginda berkhutbah. Tiada ruang masa untuk solat sunat selepas azan Jumaat. Sememangnya tidak berlaku solat sunat qabliyyah Jumaat. Ada riwayat dari Ibnu Umar menyatakan bahawa Rasulullah ada menunaikan solat sunat sebelum fardhu Jumaat 2 rakaat (Sahih Bukhari: 937), yang sebenarnya setelah dikaji oleh ulamak tahqiq solat yang ditunaikan Rasulullah itu ialah solat sunat mutlak. Manakala dalam riwayat Hadis Jabir tentang kisah seorang lelaki masuk ke masjid dan ditegur oleh Rasulullah, solat sunat yang dimaksudkan ialah solat sunat tahiyyatul masjid, bukan solat sunat qabliyyah. Al-Imam An-Nawawi pula berpendapat adanya solat sunat qabliyyah kerana diqiaskan kepada solat fardhu zohor seperti yang dinukilkan oleh beliau dalam Raudhah At-Tolibin:”tempat pergantungan padanya ialah qias ke atas solat zohor”. Pendapat Imam Nawawi ditolak oleh ulamak lain seperti Ibn Hajar Asqalani dalam Fath Bari, bahawa sebelum fardhu Jumaat tidak ada solat sunat qabliyyah, manakala apa yang dibuat oleh para sahabat ialah sunat mutlak. Nas ucapan seperti berikut:
“Ada pun kata-kata Ibnu Umar (adalah nabi memanjangkan solatnya sebelum Jumaat), sekiranya yang dikehendaki di sini selepas masuk waktu (solat Jumaat) maka tidak sah (tidak mungkin) untuk disandarkan amalan itu kepada Nabi kerana baginda keluar ke masjid ketika matahari sudah condong (mula masuk waktu zohor) maka sibuklah dia dengan urusan khutbah dan solat Jumaat. Sekiranya yang dikehendaki sebelum masuk waktu solat maka itu solat sunat semata-mata (sunat mutlak) bukan sunat ratibah, maka tiada sebarng hujah padanya untuk solat sunat Jumaat sebelumnya bahkan ianya adalah sunat mutlak”.
Lihat Fath Al-Baari juz 2 / ms 426. Perkara yang sama dijelaskan oleh Al-Imam Abu Syamah di dalam kitab Al-Ba 'ith Ala Inkar Al-Bida' Wa Al-Hawadith Dar Ar-Rayah Ar-Riyadh, ms 285. Juga turut mengenengahkan isu ini ialah Ibnu Qayyim di dalam Zaad Al-Maad, jilid 1/ms 432, Muassasah Ar-Risalah, Beirut, Lubnan.
[21]          Raudhah At-Tolibin, Al-Imam Abi Zakaria Yahya bin Syaraf An-Nawawi Ad-Dimasyqi, juz 1 / ms 434 -436. Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah, Beirut, Lubnan (edisi Cdrom Maktabah Syamilah versi 2).
[22]          Lihat Zaad Al-Maad. Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah,Tahqiq Syuaib Ar Na 'uth jilid 1 / ms 273. Muassasah Ar-Risalah. Beirut
[23]          Lihat Zaad Al-Maad, jilid 1 / ms 275.
[24]          Lihat Zaad Al-Maad, jilid 1 / ms 275.
[25]          Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 2/ ms 50, Wahbah Zuhaili, Edisi Terjemahahan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2002.
[26]          Fiqh dan Perundangan Islam jilid 2/ ms 60.
[27]          Fiqh dan Perundangan Islam jilid 2/ ms 60.
[28]          Fiqh dan Perundangan Islam jilid 2 /ms 80.
[29]          Sahih: Al-Hakim Fi Al Mustadrak secara mauquf hadis no. 352, Bab”Kitab Al-Ilmu”katanya:sanad sahih mengikut  syarat Bukhari dan Muslim. Al-Hafiz Abi Abdillah Muhammad Bin Abdullah Al-Hakim An-Naisaburi, juz 1 / ms 184, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut Lubnan.
[30]          At Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa As-Syariah Wa Al-Manhaj  Wahbah Zuhaili, Dar Al-Fikr Damsyiq, jilid 18 / 315-316.
[31]          Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 4525, Dari Hadis Abi Musa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...