Sabtu, 17 Julai 2010

Hukum mendengar dan menjawab azan.


4 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman

Ada dua pendapat: 1. Wajib dengar dan jawab azan. 2. Sunat dengar dan jawab azan.

Dalil pendapat pertama(mazhab hanafi dan sebhagian mazhab maliki):

a.Hadis sohih riwayat Bukhari n Muslim:

Apabila mendengar azan hendaklah kamu jawab seperti yg diucapkan oleh muazzin.

pengambilan dalil: Hadis ini menunjukkan suruhan jawab azan dan ia satu suruhan yg wajib.

b. Hadis mauquf dr Ibnu masud:

Adalah satu kesalahan apbila tak menjawab azan.

Dalil pendapat kedua(kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafi'ie):

a. Hadis sohih riwayt Muslim:
Bila Nabi dengar muazzin mengucapkan takbir dlm azan baginda berkata: A'lal Fitrah.
pengambilan dalil: Nabi tak menjawab azan sperti biasa. Ini menunjukkan suruhan Nabi menjwb azan dlm hadis yg lepas adalah sunat.

b. Hadis sohih riwayat Imam Malik.
Apabila Umar r.a naik keatas mimbar dan dikuti dngn azan. Kami duduk bersembang. Apabila habis azan dan Umar naik berkhutbah, kami pun diam.

Pengambilan dalil: mereka bersembang dihadapan saidina umar ketika azan. ini menunjukkan tak wajib diam dan jawab azan.

Kesimpulan: Kedua2 pendapat boleh diterima. Pendapat kedua (sunat dengar dan jawab azan) lebih kuat kerana dua sebab 1. suruhan pd Dalil pertama pendapat pertama adalah sunat kerana hadis riwayat muslim. 2. Dalil kedua pendpat 1 adlh hadis doif.

oleh yg demikian sunat berhenti membaca atau mengajar dan seumpamanya untuk mendengar dan menjawab azan. tetapi yg menyedihkan bila pengajar berenti hormat azan, yg lain mula bersembang. .Moga kita same2 menghormati azan..

Khamis, 15 Julai 2010

semak kiblat dengan mudah & tepat!

Assalamualaikum...

Pada 16 Julai 2010 ni, akan berlaku satu fenomena yg dipanggal Istiwa A'zam, yg mana matahari tepat2 di atas kaabah!!

Masa ni,kita boleh semak kiblat dengan mudah & tepat!

Info & gambar, rujuk sini wokeh:

http://muzir.wordpress.com/2010/05/27/istiwa-azam/

http://muzir.files.wordpress.com/2010/05/istiwamataharikaabah.pdf

http://www.falak-online.net/portalfalak/content/26/5/2010/istiwa-matahari-atas-kaabah-pada-28-mei-2010-516-pm

sebarkan, agar bmanfaat!

Jenis Kereta Mengikut Peringkat Umur

Jenis Kereta Mengikut Peringkat Umur

2 Syaaban 1431 H
Oleh: Shah Bundy

Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)
baby walker

Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )

keta tolak (stroller)

Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)

keta mainan

Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)

keta kontrol biasa-biasa aje

Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)

keta kontrol berjenama

Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)

keta mini...keta sport...MPV. ,SUV..sedan

Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)

keta berkerusi roda

Peringkat akhir.....pabila tiba masanya

kereta jenazah.

Selasa, 13 Julai 2010

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Israk Mikraj


SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH



SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG ( 2 )
15200 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM


SAMBUTAN MAJLIS ISRAK’ MIKRAJ
PERINGKAT SEKOLAH  2010


PENDAHULUAN
      Israk’ ialah perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjid Aqso’ di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah saw dari Masjid Aqso’ naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Oleh itu majlis Israk’ Mikraj diadakan untuk mengingati peristiwa tersebut dan dijadikan pengajaran di dalam kehidupan seharian.


MATLAMAT
      Memberi pendedahan peringkat awal pada para pelajar tentang sirah Rasulullah saw yang berkaitan dengan peristiwa Israk’ Mikraj.

OBJEKTIF
Dapat mengetahui pengertian Isro’ Mikraj.
Dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa Isro’ Mikraj.
Dapat beramal dan mengambil aktibar daripada peristiwa Isro’ Mikraj.

RASIONAL
Ø  Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Isro Mikraj supaya semua warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

TARIKH PELAKSANAAN.

Tarikh      : 12 Julai 2010
Masa       : 10.00 am
Tempat   : Dewan Sk. Mulong 2                                                 
Penceramah : Ustaz Ismail bin Jaya
                     ( Penyelia Agama PPD Kota Bharu )

PENGELOLAAN
Majlis Sambutan Isro’ Mikraj ini  dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam bersama guru-guru KAFA dan dibantu oleh semua warga Sekolah Kebangsan Mulong 2.

Ahad, 11 Julai 2010

Solat Dhuha

Soalan 38

Assalamualaikum,

SOALAN 1

Saya telah pun mencuba dan terus menjadi amalan melakukan sembahyang sunat dhuha,tetapi apa yang saya rasa confuse ialah tentang surah yang sepatutnye baca dalam rakaat pertama dan kedua.Adakah 'ada surah yang wajib' dibaca atau tak kisah apa-apa surah pun...Sekarang ni saya hanya baca surah yang saya tahu saje,ikut panduan buku agama tetapi apabila saya membaca buku yang lain pulak ,dia ada nyatakan surah surah Ayatul Kursi tetapi perlu membaca 11 kali....Kenapa?

SOALAN 2

Saya pernah terlewat melakukan sembahyang dhuha , lagi 5 minit pukul 12 thg...,lalu saya teruskan juga.....
Apa yang saya ingin pastikan sampai pukul brapa sembahyang dhuha ini masih lagi boleh dilakukan...?

Terima kasih. Wassalam.




--------------------------------------------------------------------------------
Jawapan.

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.



Jawapan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah JAIS

Sabtu, 10 Julai 2010

ceramah Israk Mikraj

LIHAT TITIK KALIMAH ALLAH

Kalimah Allah

kalimah Allah
Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.
Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sgt kagum dgn ilusi mata kurniaanNya ini.. Posted @ www.isuhangat.net

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:

http://fullfilth.blogspot.com

Jumaat, 9 Julai 2010

Penghayatan Isra dan Mikraj


24 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Peristiwa Isra dan mikraj masih segar di dalam diri setiap jiwa org Islam. Perjalanan luar biasa yg dilalui oleh junjungan besar s.a.w dr mekah ke masjid aqsa dan seterusnya dr Masjid Aqsa ke langit ketujuh.

Ini tercatat didalam Al-Quran:
Tafsirnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya pd waktu malam drpd masjid Haram ke masjid Aqsa yg mana kami berkati sekelilingnya; untk kami tunjukkan drpd tanda2 kekuasaan kami. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha melihat.(1: Isra).

Permulaan perjalanan ini dr masjid Haram ke masjid Aqsa adalh membuktikan kelebihan masjid Aqsa. Allah boleh menetapkan spya perjalan terus menerus ke langit; tetapi telah ditetapkan untk singgah di tempat yg mulia iaitu masjid Aqsa.

Malah kita lihat bagaimana tuhan menyatakan "Kami berkati kawasan sekitar masjid Aqsa" dlm ayat yg lepas; yg menunjukkan keberkatan bumi sekitarnya iaitu bumi palestin tercinta. Tidak cukup sekadar itu, perjalanan dr masjid haram ke masjid Aqsa atau yg dinamakan Isra telah dijadikan nama bg satu surah dlm al-Quran.

Namun seperti yg mana kita tahu yahudi telah menjajah bumi suci ini pd tahun 1967. Mereka melakukan pelbagai bentuk penghinaan kpd masjid Aqsa seperti yg kita tahu semua. Penghayatan plg utama yg perlu kita ambil adalah berusha untk membebaskan bumi suci tersebut. Cara2nya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa berdoa dan solat hajat untk pejuang membebaskan masjid ini.

2. Memboikot barang2 yahudi dan amerika secara keseluruhan. Ini satu kewajipan utama kepada seluruh umat Islam. Jika takut susah atau papa kerna memboikot mereka ; hendaklah ingat firman Allah:
Tafsirnya: ...Dan sekiranya kamu takut papa kerana melaksanakan perintahNya maka Allah akan mengayakanmu dgn kelebihannya jika dia hendak berbuat demikian...(28: At-Taubah)

3. Memberi infak yg besar kpd hamas dan juga badan2 kebajikan yg membantu masyrakat palestin. Kita mesti ingat Firman Allah:
Tafsirnya: Segala infak mereka yg kecil atau yg besar dan juga perjalanan mereka merentasi lembah untk kemedan perang; ditulis utk mereka; spya dibalas oleh Allah akan perbuatan yg baik yg mereka lakukan.(121: At-Taubah)

4. Berdakwah supaya menyedarkan umat Islam kesemuanya terhadap 3 kewajipan utama yg lepas.

5. Umat Islam secara keseluruhannya mestilah Bersatupadu untk menentang musuh2 Islam; walaupun berlainan mazhab dan parti.

6. Kembali kepada amal Islam secara keseluruhan dlm setiap aspek smada ibadat, politik, dakwah, perundangan, ekonomi, akhlak(tasauf), perjuangan dan lain2.

7. Tasamuh atau toleransi dlm masalah khilafiyah dan cabang ilmu Islam.

Rabu, 7 Julai 2010

Mike Tyson

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selasa, 6 Julai 2010

Pra Syarat ukhuwah Islamiah

22 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Hendaklah ukhuwah itu terbina di atas dasar keikhlasan kpd Allah.
Ini jelas drpd hadis riwayat Imam Muslim:

Satu hari malaikat bertanya kpd seorang lelaki yg hendak menziarahi saudaranya "Kemanakah kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab "Aku hendak pergi menziarahi saudaraku seislam" Malaikat itu bertanya lagi "Adakah kamu ziarah ini ada sebab2 keduniaan? Lelaki itu menjawab "Tidak.

Aku ziarah hanyalah kerana aku cinta kepadanya demi kerana Allah." Malaikat berkata "Sesungguhnya aku adalah utusan dr Allah dan nak menyampaikan kpdmu bahwa Allah kasih kpdmu seperti mana kamu kasih kpdnya kerana Allah."

2. Hendaklah ukhuwah tersebut terbina diatas dasar keimanan dan ketakwaan.

Caranya adalah dgn dia memilih kawannya dr kalangan org2 yg soleh dan beriman. NAbi bersabda:

"Janganlah kamu bersahabat melainkan dgn org beriman dan jangan bagi makanan kamu melainkan kepada org yg bertakwa."(Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:

Seseorang itu mengikut agama temannya. Maka hendaklah sesorang itu melihat utk memilih dgn siapa dia berteman."(Hr Abu Daud)

3. Hendaklah ukhuwah berjalan dgn mengikut syariat Islamiah.

Diantara golongan yg dinaungi oleh Allah adalah golongan "dua lelaki yg berkasih sayang kerana Allah. keduanya Bertemu dan berpisah dia atas batasan hukuman Allah"(Hr Bukhari dan Muslim)

4. Hendaklah ukhuwah terbina diatas konsep nasihat menasihati.

Jabir r.a berkata:

Aku berjanji setia kepada Rasulullah s.a.w untuk mendirikan solat, membayar zakat dan untuk menasihati setiap org Islam."(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Hendaklah ukhuwah itu mekar dgn konsep bantu membantu dikala senang dan susah.

Firman Allah:

Tafsirnya: Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan.(2: Al-Anam)

Firman Allah:

Tafsirnya: Orng2 bertakwa yg membelanjakan hartanya dikala senang dan susah(134: Ali Imran)

Nabi bersabda:

Sesiapa yg berjalan untuk membantu saudranya seIslam lebih baik drpada orang yang beriktikaf selama 20 bulan.(hr Thabrani atau hakim)

Isnin, 5 Julai 2010

Isyarat dengan jari dari Rasulullah.

21 Rejab 1431H.
Oleh : Akhisalman

Ada tempat-tempat yang mana Rasulullah menyebut hadisnya sambil menunjukkan isyarat tangan. Diantaranya adalah hadis berikut:

1. Nabi bersabda:

أنا وكافل اليتيم في الجنة هكذا وأشار بأصبعيه السبابة والوسطى

Maksudnya:Aku akan bersama dengan penjaga anak yatim di syurga seperti dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah.(Hr Bukhari)

moral: Islam mengajar kita supaya berbuat baik kepada anak yatim dan tidak menzalimi mereka. Cubalah kita hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka.

2. Nabi s.a.w bersabda:

من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة أنا وهو كهاتين وضم أصابعه

Maksudnya: Sesiapa yang menjaga dua orang anak perempuan dari kecil sampai dia balig maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aku bersamnya seumpama ini. Baginda menunjukkan dua jari dan merapatkannya.(Hr Muslim)

moral: Menjaga anak perempuan mungkin susah. Namun Islam menawarkan tawaran yang baik pada sesiapa yang memelihara dan mendidiknya dengan baik. Bersabarlah terhadap kesusahan menjaga anak perempuan.

3. Nabi s.a.w bersabda:

بعثت أنا والساعة كهاتين وأشار بالسبابة والوسطى

MAksudnya: Aku di utuskan menjadi Rasul ketika mana saat berlakunya qiamat sudah terlampau hampir seolah diantara jarak dua jari ini. Baginda menunjukkan jari telunjuk dan tengah.(Musnad Imam Ahmad)

pengajaran: Kiamat semakin hampir tapi amalan kita masih lagi kurang. Kalau tidak sempat dengan kiamat besar; kiamat kecil (mati) pasti menjemput kita pada masa yang kita tak pasti. Bersedialah...

Rujukan: at-Taswir Fanni Fil Hadis Nabawi oleh Muhammad Sobbag.

Adab-adab makan.

21 Rejab 1431H.
Oleh : Akhisalman

Diantara adab-adab makan dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Makan beramai-ramai dan membaca doa makan.

Seorang sahabat bertanya "Ya Rasulullah sesungguhnya kami makan tapi tak kenyang" Nabi s.a.w bersabda "Ini kerana kamu makan secara berasingan. Makan lah dengan bersama-sama dan sebutlah nama Allah ketika makan nescaya akan deberkati."(Hr Ahmad, Ibnu Majah dll)

2. Makan dan minum dengan tangan kanan.

Nabi s.a.w bersabda "Hendaklah kamu makan dengan tangan kanan dan minum dengan tangan kananmu"(Hr Ibnu Majah dengan sanad yangg sohih)

3. Ambik makanan dari tepi bekasnya.

Nabi s.a.w bersabda: Apabila diletakkan makanan hendaklah kamu ambil yang tepi-tepi dari bekas makanan dan biarkan yang tengahnya, maka sesungguhnya keberkatan turun ditengah-tengah makanan.(Hr Abu DAud, Tirmizi dll)

4. Menjilat jarinya setelah selesai.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang kamu sudah makan hendaklah dia jilat jari-jemarinya maka sesungguhnya dia tidak tahu mana satu makanan yg berkat.(Hr Muslim)

5. Tidak terlampau kenyang.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada bekas yg diisi penuh oleh manusia yg lebih buruk dr perutnya"(Hr Ahmad, tirmizi dll)

6. Mendahulukan orang yang Alim untuk makan (atau pun org yang dihormati).

Huzaifah berkata: Sesungguhnya bila kami berserta rasulullah s.a.w dihidangkan makanan; tidak seorang pun memulakan menjamah makanan sehingga baginda mula menjamahnya.(Hr Muslim)

7. Jangan mencela makanan.

Abu Hurairah berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan langsung; Jika baginda suka baginda akan makan. Jika tidak baginda akan tinggalkan(tanpa mencela makanan.) (Hr Bukhari dan MUslim)

8. Mengutip makanan yang jatuh, membersihkan dan makan.

Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila jatuh makanan salah seorang kamu hendaklah dia bersihkan makanan itu serta makan. Janganlah dia biarkan makanan itu untuk syaitan.(Hr Muslim)

9.Mengucapkan Alhamdulillah setelah selesai makan.

Abu Said berkata "Rasulullah setelah selesai makan berkata:

الحمدلله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا من المسلمين Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum dan menjadikan kami dr kalangan orang-orang Islam.(Hr Ahmad, Bukahri fi Tarikh dll ianya sanad yg hasan)

rujukan: 'Awariful Ma'arif oleh as-Sahrawardi beserta kitab Ghaniyatul MA'arif bi tahkriji ahadis 'Awariful Ma'arif oleh Ahmad bin Siddiq Ghumari.

Sabtu, 3 Julai 2010

KEAJAIBAN OTAK...


20 Rejab 1431H
Oleh : Seri Budiman

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...