Isnin, 8 November 2010

KEM LITERASI AL- QURAN 2010

Assalamualaikum warahmatullah...

Saya ingin berkongsi maklumat dan bahan berkaitan KELAQ atau Kem Literasi Al-Quran yang kami laksanakan di sekolah kami. Kem Literasi Al-Quran di sekolah kami dinamakan sebagai Kem Intervensi Literasi Al-Quran.

Jika sesuai untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah lain di seluruh Negeri Kelantan, dipersilakan. Panduan asal adalah daripada kertas kerja KLAQ yang disediakan oleh JAPIM. Siri 1 telah dilaksanakan dan terbukti ada peningkatan walaupun tak banyak. Siri seterusnya dalam proses. Setelah dimoderasi maka jadilah begini:

UNIT j-QAF, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG 2

15100, KOTA BHARU

KERTAS PANDUAN PELAKSANAAN
KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN
UNIT j-QAF SKPM 2010


1. Nama Program

Kem Intervensi Literasi Al-Quran

2. Konsep

Kem Intervensi Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

3. Rasional

Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra’ 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra’ 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra’ dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

4. Kumpulan Sasaran

Semua murid beragama Islam yang mengikuti Program j-QAF dan masih di tahap bacaan Iqra 1,2 dan 3.

5. Tenaga Pembimbing

Semua Guru j-QAF yang merupakan pembimbing Tasmik. Guru-guru Pendidikan Islam yang lain turut digalakkan membantu pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran. Murid turus boleh digunakan sekiranya perlu.



6. Strategi Pelaksanaan

6.1 Tempoh Pelaksanaan

Kem Intervensi Literasi Al-Quran dicadangkan dilaksanaakan 16 jam iaitu setiap 1 jam sebelum/selepas waktu Tasmik. 10 Jam dicadangkan untuk Buku Iqra’ 1 dan 2 manakala 6 jam untuk Buku Iqra’ 3 Kem ini dicadangkan dilaksanakan sebanyak 3 siri seperti jadual di bawah:


BIL TAHUN KEM 1 KEM 2 KEM 3 CATATAN
1 Tahun 1 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
2 Tahun 2 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
3 Tahun 3 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
4 Tahun 4 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt

6.2 Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa Pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran adalah seperti berikut:

Penasihat : Guru Besar
Pengerusi : Penolong Kanan 1
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Setiausaha : Pengerusi j-QAF/Ketua Panitia Pendidikan Islam
Pen. Setiausaha : Ust. Norizan Mohd Nor (Penyelaras Tasmik)
Penyelaras : Ust. Zarina Samad (Guru j-QAF)
Pen. Penyelaras : Us. Wan Ariff (Guru j-QAF)
AJK : Semua Guru j-QAF, GPI dan KAFA

6.3 Aliran Kerja Pelaksanaan

BIL PERKARA CATATAN
1 Pelantikan Pembimbing KLAQ
2 Mesyuarat JK Pelaksana KLAQ
3 Pemilihan Murid KLAQ
4 Pelaksanaan KILAQ
5 Penyediaan Rekod
6 Penyediaan Analisa
7 Penyediaan Pelaporan & Dokumentasi
8 Mesyuarat Post-Mortem Kaji Kekuatan dan Kelemahan Pasca Kem untuk Kem berikutnya

6.4 Modul Pelaksanaan
Modul pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran MODUL INOVASI IQRA’:

BUKU MUKASURAT BIL MS
BUKU IQRA' 1 3, 6, 9, 12, 15, 19, 21, 25 dan 30 09
BUKU IQRA' 2 1, 4, 5, 6, 8, 10, 14, 17, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 3 1, 2, 3, 6 ,8, 10,14, 18, 19, 22, 25 dan 30 12
BUKU IQRA' 4 3, 5, 7, 9, 11, 14, 16, 18, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 5 1, 3, 6, 7, 9, 10, 11, 12, 15, 18, 20, 22, 25, 28 dan 30 15
BUKU IQRA' 6 1, 6, 7, 11, 15, 19, 22, 23, 25, 27 10
JUMLAH 68
Catatan:
1. Muka surat modul ini hendaklah merujuk kepada buku Iqra’ yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Semua peserta hendaklah sekurang-kurangnya melepasi Iqra’ 4.
3. Peserta yang melepasi Iqra’ 4 hendaklah diteruskan pencapaian sehingga Iqra’ 6
4. LDK peserta bermula daripada tahap bacaan masing-masing sebelum kem (muka surat semasa murid). Guru meneruskan bimbingan mengikut modul yang disediakan.

6.5 Rekod dan Pelaporan

Pihak JK Kem Intervensi Literasi Al-Quran perlu menggunakan borang rekod pencapaian Iqra’ yang disediakan untuk tujuan merekodkan bacaan murid. Semua rekod bacaan hendaklah dikemaskini dan disimpan dalam fail khas Kem Literasi Intervensi Al-Quran untuk tujuan rujukan. Analisa Pencapaian hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran selepas tamat tempoh pelaksanaan dan sekiranya diperlukan. Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran hendaklah menyediakan Laporan dan Analisa yang dikehendaki oleh PPD/JPN dengan mengisi borang yang dicadangkan.

7. Penutup

Adalah menjadi harapan agar pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran ini akan berjaya. Dengan penglibatan semua guru tidak mustahil apa yang hendak dicapai akan mampu dicapai. Bak kata pepatah “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.”

“j-QAF SKPM GEMILANG TERBILANG”

Disediakan oleh,

……………………………………………….
( USTAZAH ZARINA SAMAD )
Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran
SK Mulong 2


sumber asal :SK pdg Masirat kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...