Jumaat, 15 Januari 2010

RIMUP 2010

Share Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
RIMUP merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. Walau pun SK Mulong 2 tidak mempunyai pelajar dari bangsa dan agama lain selain Melayu dan Islam, program ini tetap diadakan bagi memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu di kalangan pelajar.

Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam teras satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu Membina Negara Bangsa. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama di kalangan semua rakyat yang ada dalam negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama.


KONSEP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
MATLAMAT
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...