Sabtu, 16 Januari 2010

TUGAS PANITIA AGAMA

PENDAHULUAN

Pendidikan Agama Islam bertujuan melahirkan insan yang kenal dan yakin kepada Kitab Suci Al-Quran, serta tahu dan memahami kandungannya supaya terdidik dengan ciri-ciri kemuliaan dan ketakwaan.


Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru-guru Pendidikan Islam juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Islam berpeluang untuk menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panatia Pendidikan Agama Islam guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.



STRUKTUR DAN ORGANISASI


1. Panitia Pendidikan Islam adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan guru-guru beragama Islam.

2. Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan dilantik sebagai Ketua Panatia oleh Guru Besar.

3. Ketua Panatia Pendidikan Agama Islam secara otomatik akan menjadi ahli-ahli Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panatia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung diantara ahli panatia dengan Guru Besar.

4. Keputusan-keputusan yang diambil oleh panatia dalam perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panatia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

.

TUJUAN PANATIA


Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panatia Pendidikan Agama Islam bagi pencapaian matlamtnya :

1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap Pembelajaran.


3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.

4. Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panatia Pendidikan Agama Islam dengan Persatuan Agama Islam dan persatuan-persatuan yang lain.




OBJEKTIF
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM



1. Melahirkan seorang pelajar yang boleh membaca al-Quran, memahami, mengamali dan menghayati ajaran al-Quran.

2. Seorang pelajar yang sentiasa menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.

3. Seorang yang dapat menunaikan sembahyang setiap waktu.

4. Seorang yang dapat mengamali akhlak dan cara hidup Islam yang betul.

5. Seorang pelajar yang beradab , berakhlak dan bersopan di dalam pergaulan dan perhubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

6. Seorang pelajar yang cemerlang dari segi pemikiran dan ilmunya.

7. Seorang pelajar yang dapat membentuk diri sebagai insan yang soleh dan bertakwa.

8. Seorang pelajar yang berperanan sebagai pendakwah yang sentiasa menyeru
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membenci kepada
kemungkaran.

9. Seorang pelajar yang sentiasa bersyukur, kuat cita-cita dan sentiasa berfikir untuk kebaikan.

10. Seorang pelajar yang cintakan Allah dan Rasul.




SENARAI TUGASAN



KETUA PANITIA

1. Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam (HSP) setiap tahun.
2. Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP.
3. Menyediakan takwim panatia dan melaksanakan perancangannya.
4. Membuat sasaran peratusan kelulusan.
5. Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan penilaian adalah berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.
6. Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.
7. Mempengerusikan mesyuarat panatia.
8. Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran.
9. Membuat pemantauan dari masa ke semasa atau bila diperlukan.
10. Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajar-pelajar serta prestasi panatia.



SETIAUSAHA PANATIA

1. Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
2. Mencatatkan minit semasa mesyuarat dijalankan.
3. Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli dalam panatia sebaik selepas mesyuarat atau sebelum mesyuarat.
4. Menyelenggarakan fail-fail panatia, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
5. Menghadiri mesyuarat bersama ketua panatia atau mewakili ketua panatia Agama Islam bila diperlukan



BENDAHARI PANATIA

1. Mengendalikan kewangan panatia.
2. Merekodkan dan mengemaskinikan pendapatan dan perbelanjaan panatia.
3. Menyediakan penyata kewangan tahunan di akhir tahun.
4. Melaporkan kedudukan kewangan semasa mesyuarat atau bila diperlukan.



AHLI -AHLI PANATIA

1. Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan yang dikendalikan oleh panatia.

2. Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancangkan oleh panatia dan Persatuan Agama Islam.

3. Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah diselaraskan oleh Panatia.

4. Mengetahuai perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari masa ke semasa.

5. Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panatia Sebelum menyediakan kertas soalan.

6. Mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuaian masing-masing.

7. Merekodkan merkah-markah ujian bulanan , ujian pertengahan semester dan Peperiksaan.

8. Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan dijalankan.

9. Memeriksa buku rampaian, buku kerja murid dengan teliti dan berhati-hati.

10. Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat (sekolah, daerah,Bahagian atau negeri) bila diwajibkan.






PERANAN PANATIA PENDIDIKAN ISLAM


Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panatia sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.

1. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli Panitia.

2. Menyelaraskan penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian setiap tahun.

3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku kerja untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendah Huraian
Sukatan Pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran para guru dan murid untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.

5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi tiap-tiap tahun serta menubuhkan Bank Soalan.

6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dan mengambil langkah –langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran.

7. Mengadakan mesyuarat panatia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad hoc’ bila diperlukan.

8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah atau isu-isu tersebut.

9. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

10. Bekerja sama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia- panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...