21 Rejab 1431H.
Oleh : Akhisalman
Diantara adab-adab makan dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Makan beramai-ramai dan membaca doa makan.
Seorang sahabat bertanya "Ya Rasulullah sesungguhnya kami makan tapi tak kenyang" Nabi s.a.w bersabda "Ini kerana kamu makan secara berasingan. Makan lah dengan bersama-sama dan sebutlah nama Allah ketika makan nescaya akan deberkati."(Hr Ahmad, Ibnu Majah dll)
2. Makan dan minum dengan tangan kanan.
Nabi s.a.w bersabda "Hendaklah kamu makan dengan tangan kanan dan minum dengan tangan kananmu"(Hr Ibnu Majah dengan sanad yangg sohih)
3. Ambik makanan dari tepi bekasnya.
Nabi s.a.w bersabda: Apabila diletakkan makanan hendaklah kamu ambil yang tepi-tepi dari bekas makanan dan biarkan yang tengahnya, maka sesungguhnya keberkatan turun ditengah-tengah makanan.(Hr Abu DAud, Tirmizi dll)
4. Menjilat jarinya setelah selesai.
Nabi s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang kamu sudah makan hendaklah dia jilat jari-jemarinya maka sesungguhnya dia tidak tahu mana satu makanan yg berkat.(Hr Muslim)
5. Tidak terlampau kenyang.
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada bekas yg diisi penuh oleh manusia yg lebih buruk dr perutnya"(Hr Ahmad, tirmizi dll)
6. Mendahulukan orang yang Alim untuk makan (atau pun org yang dihormati).
Huzaifah berkata: Sesungguhnya bila kami berserta rasulullah s.a.w dihidangkan makanan; tidak seorang pun memulakan menjamah makanan sehingga baginda mula menjamahnya.(Hr Muslim)
7. Jangan mencela makanan.
Abu Hurairah berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan langsung; Jika baginda suka baginda akan makan. Jika tidak baginda akan tinggalkan(tanpa mencela makanan.) (Hr Bukhari dan MUslim)
8. Mengutip makanan yang jatuh, membersihkan dan makan.
Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila jatuh makanan salah seorang kamu hendaklah dia bersihkan makanan itu serta makan. Janganlah dia biarkan makanan itu untuk syaitan.(Hr Muslim)
9.Mengucapkan Alhamdulillah setelah selesai makan.
Abu Said berkata "Rasulullah setelah selesai makan berkata:
الحمدلله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا من المسلمين Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum dan menjadikan kami dr kalangan orang-orang Islam.(Hr Ahmad, Bukahri fi Tarikh dll ianya sanad yg hasan)
rujukan: 'Awariful Ma'arif oleh as-Sahrawardi beserta kitab Ghaniyatul MA'arif bi tahkriji ahadis 'Awariful Ma'arif oleh Ahmad bin Siddiq Ghumari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan