Selasa, 27 September 2011


Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Orang Kafir

السؤال: هل يجوز أن نعطي غير المسلم من لحم الأضاحي ؟

الجواب: بسم الله، والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد..

لا بأس من إعطاء الكافر من الأضحية ،فهذا يعكس مدى خلق المسلم النبيل الذي يكرم الناس ولو كانوا كفارا ، فيجوز أن يعطى الكافر منها لفقره أو قرابته أو جواره أو تأليف قلبه ، بشرط ألا يكون هذا الكافر محاربا للمسلمين.

قال الشيخ ابن عثيمين ـ من علماء السعودية ـ رحمه الله : يجوز للإنسان أن يعطي الكافر من لحم أضحيته صدقة بشرط أن لا يكون هذا الكافر ممن يقتلون المسلمين فإن كان ممن يقتلونهم فلا يعطى شيئاً لقوله تعالى : ( لا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الظَّالِمُونَ ) الممتحنة /8-9 اهـ .

أهـ كما جاء في فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء ـ السعودية : يجوز أن نطعم الكافر المعاهد والأسير من لحم الأضحية، ويجوز إعطاؤه منها لفقره أو قرابته أو جواره، أو تأليف قبله؛ لأن النسك إنما هو في ذبحها أو نحرها؛ قرباناً لله، وعبادة له. وأما لحمها فالأفضل أن يأكل ثلثه، ويهدي إلى أقاربه وجيرانه وأصدقائه ثلثه، ويتصدق بثلثه على الفقراء، وإن زاد أو نقص في هذه الأقسام أو اكتفى ببعضها فلا حرج، والأمر في ذلك واسع. ولا يعطى من لحم الأضحية حربياً؛ لأن الواجب كبته وإضعافه، ولا مواساته وتقويته بالصدقة، وكذلك الحكم في صدقات التطوع؛ لعموم قوله – تعالى- : " لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين "، ولأن النبي – صلى الله عليه وسلم – أمر أسماء بنت أبي بكر – رضي الله عنها – أن تصل أمها بالمال وهي مشركة في وقت الهدنة. وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم والله أعلم.


Sumber: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=92313


Soal: Adakah boleh memberikan dging korban kepada org bkn Islam?

Jawab: Tidak ada masalah utk memberikan daging korban kpd org kafir. Ia sesuai dgn penciptaan manusia yg memuliakan manusia sekalipun org kafir. Boleh memberinya kpd org kafir yg miskin, kaum kerabat, jiran atau mu'allaf, dgn syarat org kafir itu tidak memerangi org Islam. Berkata Syeikh Ibn 'Uthaimin Rahimahullahu Ta'ala, seorg ulama' Saudi:- Seseorg itu boleh memberikan daging korban kpd org kafir sbg sedeqah selagi org kafir itu tidak memerangi dan membunuh org Islam. Jika dia seorg kafir yg memerangi org Islam, maka tidak boleh memberinya apa-apa.

Firman Allah Ta'ala:- (maksudnya)"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Mumtahanah: 8-9)

Fatwa dari Lajnah Da'imah lil Buhuth al-'Alamiyah wa al-Ifta':- Boleh utk memberi mkn daging korban kpd org kafir yg membuat perjanjian dan tebusan. Boleh memberinya kpd org kafir yg miskin, kaum kerabat, jiran atau mu'allaf, kerana menyembelih daging korban ini adalah qurban dan ibadat kpd Allah semata-mata. Yang lebih afdhal, dagingnya dimakan sepertiga, sepertiga lagi diberikan kpd kerabat, jiran dan teman, dan sepertiga lg disedeqahkan kepada org fakir. Jika dilebihkan atau dikurangkan bahagian ini maka tidak mengapa. Tidak boleh memberikan daging korban ini kpd org kafir yg memerangi org Islam, kerana kita wajib menjatuhkan dan melemahkannya serta tidak menguatkannya dgn sedeqah. Itu adalah hukum dalam memberi sedeqah kerana umum dalam firman Allah ini:

(maksudnya)]"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu." (Al-Mumtahanah:8)

Nabi menyuruh Saidatina Asma' bin Abu Bakar utk memberikan harta kepada ibunya yg musyrik ketika dalam waktu perdamaian. 


Imam al-Nawawi rahimahullah (w. 676/1277), contohnya menukilkan dalam Minhaj al-Talibin, Kitab al-Udhiyya menyebut  bahawa orang kafir tidak boleh memakan daging korban (..لَا يَجُوزُ لِكَافِرٍ الْأَكْلُ مِنْهَا مُطْلَقًا). Imam Ibn Hajar al-Haytami rahimahullah (w. 974/1567) yang mensyarahkan kitab berkenaan melalui kitabnya Tuhfat al-muhtaj turut mengesahkan hal yang sama:

أَيْ مِنْ عَدَمِ جَوَازِ أَكْلِ الْكَافِرِ مِنْهَا مُطْلَقًا


Pendapat yang sama boleh ditemui dalam kitab-kitab fekah Mazhab al-Shafie yang lain iaitu "tidak dibolehkan memberi makan daging korban/aqiqah kepada orang bukan Islam secara mutlak". Ulama Shafi'iyah mengiyaskan ibadah korban/aqiqah sepertimana amalan zakat di mana hanya orang Islam yang berhak menerima zakat. Kedua, matlamat pemberian daging korban/aqiqah itu ialah "irfāq al-muslimīn" iaitu mengeratkan kasih sayang sesama Islam. Inilah pandangan dalam Mazhab al-Shafie. 


Qurban berasal dari kata 'qorubo'yang bermakna taqarrub atau dekat. Oleh itu Qurban adalah ibadah dalam bentuk pendidikan dan realisasi taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan juga satu manifistasi rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat-Nya sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmatyang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah" (AI-Kautsar:1 -2).


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tapi tidak berqurban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah). Jelaslah kepada kita bahawa ibadah qurban merupakan sesuatu yang harus dikerjakan, bahkan sebahagian ulama mengatakan bagi yang berkemampuan, hukumnya adalah wajib. Namun demikian, jumhur atau sebahagian besar ulama menyatakan sunnah muaqqadah (sunah yang amat ditekankan).

Ibadah Qurban juga merupakan tradisi amal umat Islam mengimbau perngorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, satu sirnbolik ketaatan kepada Khaliqnya. (Ash-Shaffat 37:107). 




KONSEP QURBAN

Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (AI-An'am) pada hari Raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah s.w.t. Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Ibadah
Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah s.w.t. Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah s.w.t kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sanggup menyembelihkan anaksendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).

Ibadah Qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. 



Syarat-syarat Sah Ibadat Qurban

1.Berniat Qurban ketika menyembelih.
Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepegalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

2.Penyembelih orang Islam.
Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya.

3.Binatang ternakan yang halal dimakan.
Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur. Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
  

Pembahagian Daging Qurban
1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
1/3 dimasakuntukjamuan ramai
1/3 orang yang berqurban

Lebih afdhal sekiranya orang yang berqurban itu memakan sedikit daripada daging qurbannya. Haram diberikan daging qurban kepada orang kafir sama ada dalam keadaan mentah ataupun masak. Harus disedekahkan kepada orang kaya. Qurban Nazar haram dimakan dagingnya oleh orang yang bernazar.

HUKUM KORBAN

* Menurut mazhab Syafie, hukumnya sunat muakkad.

* Imam Abu Hanifah berpendapat korban hukumnya wajib tetapi tidak fardu.

* Dilakukan pada hari-hari Tasyrik sahaja, iaitu sesudah selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari di akhir hari Tasyrik (13 Zulhijjah).

* Jumhur ulama berpendapat korban hanya sunat.

* Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf (Rektor Universiti al-Azhar- dikeluarkan pada 22 Oktober 1974):- Tidak harus ditukar korban dengan harganya bagi menampung keperluan fakir miskin yang memerlukan bantuan, kerana tujuan utama ibadat ini ialah menumpahkan darah haiwan. (Amalan ini adalah syiar Islam yang tersirat di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika melaksanakan perintah Allah menyembelih anaknya Ismail a.s.)

* Wajib melakukan korban ke atas orang mengerjakan haji cara tamattuk, qiran, bernazar (dilakukan di Mekah semasa berhaji).(disebut dam)

* Korban nazar, wajib segera diagihkan daging segar kepada fakir miskin. Jika daging telah busuk wajib (bagi orang bernazar korban) beli daging baru sebagai ganti untuk diagihkan kepada fakir miskin.

* Daging sembelihan korban termasuk kulit dan tanduk tidak boleh dijual atau dijadikan upah kepada tukang sembelih mahupun tukang lapah meskipun korban sunat.

* Daging korban tidak boleh dijadikan jamuan kenduri kahwin.

* Daging korban hanya boleh dimakan atau diagihkan kepada orang Islam sahaja.

* Korban dan akikah ada persamaan dalam hukum tetapi berlainan dalam hikmah dan tujuannya. Oleh itu orang belum akikah boleh buat korban dan sebaliknya.

SUNAT-SUNAT KORBAN

Perkara sunat bagi orang yang melakukan korban:

* Menyembelih sendiri binatang sembelihan korban atau mewakilkan kepada orang lain jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.

* Menyembelih ternakan korban di musalla (tanah lapang) bagi memperlihatkan syiar Islam (sabda Rasulullah s.a.w.: Bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di musalla. (riwayat Bukhari)

* Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam.

* Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar.

* Baringkan binatang korban pada sebelah sisi kirinya dan memegang pisau dengan tangan kanan dan pegang atau tahan lehernya dengan tangan kiri (sabda Rasulullah: Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi s.a.w menyembelih dua ekor kibas yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya” (riwayat Bukhari & Muslim)

* Binatang korban yang gemuk, sihat dan tidak cacat pada anggota tubuh badannya serta cukup umur.

* Menyaksi sendiri upacara penyembelihan binatang yang dikorbankan.

* Sembelih ternakan korban sesudah selesai solat dan dua khutbah Hari Raya.

* Elakkan ternakan korban melihat pisau diasah untuk sembelihan.

* Orang yang menyembelih menghadap kiblat.

* Cari tempat yang lembut ketika melakukan penyembelihan.

* Orang yang berkorban berdoa ketika sembelihan dilakukan.

* Tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Sabda Rasulullah: Barang siapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban. (riwayat Muslim)

* Makan daging sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih. Firman Allah s.w.t: Makanlah sebahagian daripadanya, dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. (Al-Hajj: 28)


Ustaz bolehkah kita korban untuk yang meninggal dunia.

(Di Jawab Oleh Ustaz Ibnu Nafis)

Wa'alaikumussalam boleh sahaja, sebagai amal jariah assalamualaikum

walaubagaimanapun ada perbahasannya :

HUKUM MELAKUKAN KORBAN UNTUK ORANG YANG TELAH MATI
Soal; adakah harus kita melakukan korban untuk orang lain khususnya yang telah mati? Adakah sampai pahala kepadanya?

Jawaban;

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد:

Dalam masalah ini, para ulama’ Syafi’ie sendiri berbeda pandangan.[1] Menurut Imam Hasan al-‘Ubadi; harus membuat korban bagi pihak orang yang telah mati kerana korban tergolong dalam jenis sedekah dan ijmak para ulama' bahawa sedekah bagi pihak si mati adalah memberi manfaat dan sampai kepadanya.[2] Imam Abu Daud, Tirmizi dan al-Baihaqi meriwayatkan hadis yang menceritakan tentang Saidina Ali bin Abi Talib;

أنه يضحي بكبشين عن النبي(صلى) و كبشين عن نفسه و قال : إن رسول الله(صلى) أمرني أن أضحي عنه أبدا فأنا أضحي عنه أبدا
“Bahwa ia (yakni Ali r.a.) menyembelih korban dengan dua ekor biri-biri bagi pihak Nabi s.a.w. dan dua ekor bagi pihak dirinya sendiri dan ia berkata; ‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruhku agar menyembelih korban untuknya selama-lamanya, maka akupun menyembelih korban bagi pihaknya selama-lamanya (yakni selagi aku hidup)”.

Kata Imam al-Baihaqi; jika sabit hadis ini maka ia menjadi dalil sahnya menyembelih korban bagi pihak orang yang telah mati.[3]

Imam al-Baghawi, Sahibul-‘Uddah dan Imam ar-Rafi’ie pula berpandangan; tidak sah berkorban bagi pihak orang mati kecuali dengan wasiat darinya. Jika ia mewasiatkannya, haruslah berkorban bagi pihaknya.[4] Pendapat kedua inilah yang ditegaskan dalam kitab-kitab mazhab Syafi’ie mutakhir yang masyhur seperti al-Iqna’[5], Mughni al-Muhtaj[6], Kifayatul-Akhyar[7], Sabilal-Muhtadin dan sebagainya, malah Imam Nawawi sendiri dalam matan Minhajnya menyebutkan pendapat ini.[8] Dalil pandangan ini ialah firman Allah;

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (an-Najm: 39)

Dalam pada itu, jika seseorang itu telah bernazar dengan menentukan binatang yang akan disembelihnya sebagai korban, lalu ia mati sebelum sempat menyembelih korbannya itu, maka dalam keadaan ini harus seseorang menyembelih bagi pihaknya sekalipun tanpa wasiat darinya.[9]

Selain itu, jika seseorang menyembelih korban untuk dirinya dan mensyaratkan pahala korban itu untuk orang lain (yakni memasukkan orang lain dalam pahalanya), maka ini adalah harus.[10] Inilah yang dapat difahami dari hadis Saidatina ‘Aisyah r.a. tadi yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. menyembelih binatang korban dan mendoakan korban itu untuk dirinya, ahli keluarganya dan umatnya di mana baginda berkata tatkala menyembelih binatang korban itu;

بِاسْمِ اللهِ، اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ
“Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah ini dari Muhammad dan ahli keluarga Muhammad serta dari umat Muhammad”.
(Riwayat Imam Muslim)

Adapun menyembelih korban bagi pihak orang lain yang masih hidup, maka tidak harus (atau tidak terhasil) melainkan dengan izinnya tanpa khilaf di kalangan ulama’ mazhab Syafi’ie. Jika tanpa inzinnya, tidak terhasil korban itu untuknya.[11] Korban tersebut, jika merupakan yang ditentukan dengan suatu nazar, ia terhasil untuk orang yang melakukan korban. Jika bukan yang ditentukan dengan suatu nazar, maka tidak terhasil untuknya. Namun Syeikh Ibrahim al-Marwaruzi berpendapat; korban yang dilakukan untuk orang lain tanpa izinnya terhasil secara mutlak (yakni secara keseluruhan) untuk orang yang melakukan korban (sama ada korban itu korban nazar atau bukan).[12]

Namun ketidakharusan (atau ketidakhasilan) korban bagi pihak orang hidup tanpa izin itu dikecualikan bagi keadaan-keadaan berikut;
1. Seorang yang berkorban bagi pihak ahli keluarganya, maka terhasil dengannya sunat kifayah untuk mereka sekalipun tanda ada keizinan dari mereka –atau dari sebahagian mereka- terlebih dahulu. Begitu juga dengan seorang yang menyembelih korban untuk dirinya dan memasukkan orang lain dalam pahala korbannya.
2. Seekor binatang yang ditentukan dengan nazar, jika disembelih oleh orang lain (yakni bukan oleh orang yang bernazar) pada waktu korban, maka ianya sah kerana binatang korban yang telah ditentukan dalam nazar tidak perlu lagi kepada niat tatkala menyembelihnya, maka jika ia dilakukan oleh orang lain adalah dikira (yakni dianggap sah korban itu).
3. Imam/Pemimpin melakukan korban bagi pihak kaum muslimin dengan uang dari Baitul-Mal –ketika kewangan Baitul-Mal mengizinkan-, maka ia harus.
4. Wali melakukan korban dengan hartanya sendiri bagi pihak orang-orang dibawah jagaannya yang ditegah menggunakan harta (seperti anak-anak, orang gila, cerdik sungguh. dan al-mahjur), hukumnya adalah harus. Adapun jika ia ingin menggunakan harta/uang dari milik mereka, maka tidak harus.[13]

Tidak sah dilakukan korban bagi janin yang berada dalam kandungan sebagaimana tidak dikeluarkan zakat fitrah baginya.[14]

Wallahu A'lam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...